• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

oleh Mohd Arshad
11/02/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet, akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Komunikasi menerusi kenyataan hari ini memaklumkan jelajah yang telah dimulakan kementerian itu, digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena Hari Keselamatan Internet 2025 yang disambut hari ini, Kempen Keselamatan Dalam Talian akan diperluas dalam kalangan komuniti bagi memperkasakan pengetahuan orang ramai tentang keselamatan dalam talian.

“Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh keselamatan dalam talian dan menyediakan ruang digital yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Antara fokus utama kempen ini ialah melarang kanak-kanak di bawah 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial serta memastikan penggunaan internet berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, kempen ini turut meningkatkan kesedaran bagi mengelakkan masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam), judi dalam talian, buli siber, dan jenayah pedofilia, selain menggalakkan penggunaan internet secara selamat dan beretika.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di bawah inisiatif Kementerian Komunikasi itu dilancarkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Universiti Malaysia Kelantan pada 21 Januari lepas.

Bernama-

Tags: kempen keselamatan dalam talianMCMCSekolahUniversiti Awam
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press, berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd