• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Zayn Rayyan: Tinjauan Di Apartment Idaman Tumpu Lokasi Kejadian

oleh Mohd Arshad
20/02/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kes Zayn Rayyan: Tinjauan Di Apartment Idaman Tumpu Lokasi Kejadian
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tinjauan mahkamah bersama pihak terlibat dalam kes pengabaian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin tertumpu kepada beberapa lokasi kejadian di sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Peguam yang mewakili kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan, Ramzani Idris berkata, seramai enam saksi telah dibawa bagi sesi pengecaman lokasi kejadian.

“Bawa saksi kenal pasti lokasi kejadian kerana kita tidak boleh kenal pasti sepenuhnya melalui gambar, jadi kita bawa ke tempat kejadian.

“Saksi awam tunjukkan lokasi pencarian Zayn Rayyan dan juga tempat kanak-kanak bermain di mana tangga yang dikatakan nampak ibu Zayn (iaitu) lokasi terakhir Zayn dilihat oleh saksi,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di apartment itu, pada Khamis.

Terdahulu Hakim Mahkamah Petaling Jaya, saksi dan pihak-pihak terbabit dalam perbicaraan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan melawat kawasan persekitaran Apartment Idaman.

Hakim Dr Syahliza Warnoh yang diiringi polis dilihat memasuki pekarangan apartmen tersebut pada jam 10 pagi.

Ramzani memaklumkan, saksi lain yang turut serta termasuk pihak pendakwaan, jurubahasa serta pegawai perakam mahkamah.

Mengulas lanjut beliau menjelaskan, tinjauan itu secara khususnya tertumpu kepada kawasan Blok R Apartment Idaman dan kawasan saliran sungai dimana lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan.

Sesi perbicaraan akan bersambung esok dengan keterangan saksi kanak-kanak.

Terdahulu, kesemua mereka dilihat meninggalkan lokasi tinjauan sekitar jam 12.30 tengah hari selepas melakukan tinjauan selama dua jam.

SinarHarian-

Tags: Apartment IdamanKes Zayn Rayyan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

‘Semoga Allah Melaknat Kau. Kau Tunggu, Botak’ – Suami Ismanira

31/10/2025
0

PETALING JAYA: "Semoga Allah melaknat kau. Kau tunggu, botak (menunjukkan jari ke arah pegawai penyiasat, Deputi Superintendan Mohd Hafizee Ismail)."...

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

Ismanira Dipenjarakan Serta-Merta, Permohonan Tangguh Hukuman Ditolak

31/10/2025
0

Petaling Jaya: Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu kepada kanak-kanak lelaki autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang dijatuhi hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd