• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

oleh Mohd Arshad
16/02/2025
dalam Jenayah
0
Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ramai warga Kuantan mengakui sering melihat Norshamira Zainal wanita yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, sebelum ini mempromosikan produk sambal bilis kering diusahakannya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wanita berusia 37 tahun itu sering berjalan dari satu kedai ke kedai menjaja sambalnya, disifatkan ramah dan sentiasa tersenyum membuatkan ramai warga bandaraya mengenalinya.

Paling meruntun perasaan, satu video berdurasi dua minit 18 saat memperlihatkan mangsa secara tidak sengaja dirakam oleh seorang pemuda yang sedang makan bersama pasangannya.

Pengguna X, AL atau Ciraplaici menerusi video pendek berkongsi rakaman perbualan dengan Allahyarham Norshamira yang mendekatinya untuk mempromosikan sambal dan menawarkan diskaun RM6 kerana beliau mahu segera pulang ke rumah.

“Kakak nak promosi sikit produk sendiri, buat sendiri. Kalau ambil satu harga RM15, kalau ambil dua RM28.

“Sakit tekak akak dah ni. Ya Allah tak sabar nak balik ni. (Tadi) Tolong orang tadi anak hilang. Mak dia OKU (orang kurang upaya), nak kejar anak dia tak boleh sebab OKU kan.

“Kena tunggu mak ayah dia datang sini, memang lambat kerja. Tapi akak puas hati jugalah dapat cari budak tu. Rupanya dia menyorok, ayah dia ulang-alik, dia nyorok di taman,” katanya pada video berkenaan.

Cerita Allahyarham Norshamira, kanak-kanak itu bertindak menyorokkan diri dipercayai tidak sengaja terpukul kanak-kanak lain.

“Anak dia ‘terbuat’ (terpukul) anak orang, jadi mungkin mak ayah budak itu marah. Dia takut dan dia lari,” katanya berbual dengan pasangan itu.

Dalam pada itu, pemuda itu turut membeli sambal ikan bilis garing dengan Allahyarham Norshamira.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan lokasi pasangan itu bertemu Allahyarham yang sedang melakukan jualan langsung.

Di ruangan kapsyen, individu berkenaan merakamkan ucapan takziah buat keluarga arwah dan mengakui sambal yang dijual wanita itu enak.

“Salam takziah kepada keluarga arwah Shamira. Baru minggu lepas jumpa arwah. Sambal itu memang sedap dan rasa menyesal beli satu saja. Semoga arwah bersama dalam kalangan orang yang beriman,” menurut keterangan video pemuda itu.

Media sebelum ini melaporkan, mayat Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Khamis lalu.

Susulan itu, sepasukan anggota polis bersama pakar patologi forensik dari HTAA menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati ada unsur jenayah pada tubuh peniaga makanan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis semalam berjaya menahan lelaki berusia 53 tahun di Terengganu yang disyaki terbabit kes bunuh wanita berkenaan dan dia direman tujuh hari.

-Berita Harian

Tags: kes bunuhKuantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Ditemukan Lemas, Remaja Masih Hilang

Next Post

PKR Johor Harap BN Tidak Tutup Rundingan Tubuh Kerajaan Perpaduan

Related Posts

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

PM Lulus Bantuan RM200 Untuk 300 Pelajar Di Kuantan

PM Lulus Bantuan RM200 Untuk 300 Pelajar Di Kuantan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini meluluskan bantuan tunai RM200 kepada 300 pelajar daripada keluarga kurang...

Next Post
PKR Johor Harap BN Tidak Tutup Rundingan Tubuh Kerajaan Perpaduan

PKR Johor Harap BN Tidak Tutup Rundingan Tubuh Kerajaan Perpaduan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd