• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbat Kucing Hidup-Hidup Dalam Guni

oleh Mohd Arshad
12/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Sumbat Kucing Hidup-Hidup Dalam Guni
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni dipercayai untuk dibuang pada Sabtu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berkenaan didapati tular menerusi video yang dipercayai dirakam ketika kejadian.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 10.58 malam.

“Siasatan mendapati terdapat beberapa individu dipercayai memasukkan beberapa ekor kucing dalam guni.

“Guni berkenaan kemudiannya dimasukkan dalam sebuah kereta dipercayai untuk dibuang di sebuah lokasi lain,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan mendapati satu lagi laporan polis telah dibuat daripada wakil kumpulan individu terbabit menafikan menganiaya dan mendera haiwan terbabit.

“Semakan lanjut mendapati pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga telah mendapat maklumat dan aduan yang sama.

“Laporan ini sedang diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Menurutnya, masyarakat dinasihatkan supaya tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Perkara ini termasuk perbuatan penganiayaan terhadap haiwan atau mana-mana binatang peliharaan.

“Jika sabit dengan kesalahan boleh dihukum di bawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: kucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd