• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

oleh Mohd Arshad
13/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic ‘ham dan keju’ yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jakim berkata, pihaknya selesai melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat lalu dan semakan mendapati syarikat yang menghasilkan produk terbabit juga bukan pemegang sijil halal.

“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Tindakan undang-undang juga telah diambil oleh KPDN. Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi ‘Verify Halal’.

“Pastikan produk tersebut dipersijilkan halal oleh pihak yang berautoriti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, serbuan yang dilakukan bersama Jakim itu bermula jam 1 petang hasil aduan yang telah diterima dan tular melalui aplikasi TikTok.

“Hasil maklumat awal, premis terbabit merupakan sebuah kilang yang membuat dan membekalkan produk roti sandwic serta menggunakan penandaan logo halal Jakim yang disyaki tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan yang berasingan pada Isnin.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, premis terbabit tidak memiliki kelulusan halal daripada pihak Jakim dan logo halal yang dilekatkan pada produk roti sandwic tersebut ialah logo halal diperakukan kepada sebuah syarikat lain yang tidak lagi beroperasi dan telah menjual perniagaannya kepada syarikat diserbu.

“Sijil pengesahan halal tersebut juga disahkan telah tamat tempoh pada 15 Oktober 2023,” jelas Azman.

Dalam pada itu, Azman berkata, KPDN telah menyita pelbagai jenis roti sandwic, sebuah komputer, mesin pencetak dan beberapa dokumen perniagaan yang berkaitan.

Beliau turut memberi amaran kepada semua pihak agar sentiasa mematuhi perundangan serta memastikan kesemua produk dan perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi standard halal ditetapkan.

Tegasnya, kesalahan seumpamanya amat serius serta boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengguna terutama yang beragama Islam.

“Selain daripada tindakan di bawah pensijilan halal, KPDN juga akan menghantar sampel sandwic tersebut ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan pengesahan tentang kandungan sebenar yang digunakan dalam penghasilan sandwich tersebut,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penutupan premis jualan runcit 24 jam di Universiti Malaya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich diragui status halal, Azman menjelaskan tindakan itu telah diambil sendiri oleh pihak berkenaan dan tidak melibatkan arahan KPDN.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan UM menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang dikatakan mempunyai unsur daging babi.

UM dalam satu kenyataan memaklumkan, arahan penutupan dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.

Jelasnya, premis berkenaan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Tambah kenyataan itu, UM sentiasa memastikan bahawa produk dijual dalam kampus adalah daripada pembekal yang mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan dan prosedur ditetapkan.

SinarHarian-

Tags: Jakimsandwic ham dan kejusijil halalUM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Titah Adendum: Polis Rakam Keterangan KJ Petang Ini

Next Post

Isu Petros, PETRONAS: Abang Jo Jawab Petang Ini

Related Posts

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

04/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya (UM)...

Kematian 4 Kucing Di UM Akibat Gigitan Haiwan – Polis

Kematian 4 Kucing Di UM Akibat Gigitan Haiwan – Polis

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Empat daripada lima kucing yang ditemui mati dalam kampus Universiti Malaya (UM), di sini disahkan akibat gigitan...

Next Post
Isu Petros, PETRONAS: Abang Jo Jawab Petang Ini

Isu Petros, PETRONAS: Abang Jo Jawab Petang Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd