• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, December 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukul OKU: Lima Suspek Ditahan, Beberapa Individu Dikesan Bantu Siasatan – Polis

oleh Mohd Arshad
20/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pukul OKU: Lima Suspek Ditahan, Beberapa Individu Dikesan Bantu Siasatan – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, setakat ini seramai lima lelaki telah ditahan sejak Sabtu.

Katanya, kesemua mereka yang berusia di antara 18 dan 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

“Malam tadi kita telah menahan seorang lagi suspek yang berusia 40-an dan setakat ini lima individu telah ditahan.

“Selain itu, pihak polis turut memanggil seberapa saksi lain untuk diambil keterangan, termasuk ahli keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelasnya, ketika ini pihaknya masih lagi mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sementara itu, Wan Muhamad turut mengingatkan orang ramai agar tidak terus menularkan video kejadian berkenaan serta memberi komen negatif hingga menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Tambahnya, tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh diambil jika ingkar.

Awani-

Tags: Kes Pukul OKUsuspek ditahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Lagi Suspek Pukul OKU Ditahan

Seorang Lagi Suspek Pukul OKU Ditahan

19/01/2025
0

Chukai : Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul seorang lelaki kurang upaya (OKU) kategori mental...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd