• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rakam Keterangan Guru Prasekolah Didakwa Dera Budak

oleh Mohd Arshad
20/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Rakam Keterangan Guru Prasekolah Didakwa Dera Budak
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Polis sudah merakam keterangan guru wanita yang didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah prasekolah di Jelapang, di sini, sebanyak tiga kali.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata guru berusia lewat 30-an itu dipanggil susulan laporan dibuat ibu mangsa pada 8 dan 14 Disember tahun lalu serta 16 Januari berhubung kecederaan dialami anaknya.

Pengadu yang berusia 41 tahun menyatakan terdapat kesan biru pada tapak tangan anaknya, didakwa akibat dipukul guru terbabit.

“Pemeriksaan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada kedua-dua tapak tangan tanpa lebam.

“Selain guru wanita itu, polis turut memanggil guru kelas lain bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pendakwa Raya Negeri Perak untuk arahan lanjut.

Hari ini, media melaporkan seorang wanita mendakwa anaknya yang berusia enam tahun mengalami trauma akibat didera seorang guru wanita di sebuah prasekolah di Jelapang, sejak September tahun lalu.

Ibu tunggal itu mendakwa guru terbabit memukul kepala, merotan, mencubit telinga dan pernah menampar pipi anak lelakinya sehingga meninggalkan kesan lebam teruk.

BHonline-

Tags: dera budakguru prasekolahpolisRakam Keterangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Next Post

Pukul OKU: Lima Suspek Ditahan, Beberapa Individu Dikesan Bantu Siasatan – Polis

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post
Pukul OKU: Lima Suspek Ditahan, Beberapa Individu Dikesan Bantu Siasatan – Polis

Pukul OKU: Lima Suspek Ditahan, Beberapa Individu Dikesan Bantu Siasatan - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd