• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Nurul Fateha

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Nurul Fateha
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dari kediaman ibu saudaranya di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang pada 27 Disember lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, polis menerima laporan pada jam 12.03 pagi daripada ibu saudara mangsa yang juga penjawat awam kehilangan anak saudaranya, Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani.

Katanya, mangsa tinggal bersama pengadu sejak Februari lalu selepas diambil dari sebuah Pusat Pemulihan Akhlak di Sabak Bernam.

“Sebelum menghilangkan diri mangsa berkurung dalam bilik kerana berlaku selisih faham bersama keluarga,” katanya melalui satu kenyataan.

Norhizam berkata, mangsa dilaporkan menghilangkan diri kira-kira jam 12 tengahari memakai t-shirt warna hitam dan berseluar track suit hitam.

Katanya, ketika keluar mangsa juga membawa telefon bimbit dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH).

“Usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke balai polis berdekatan, “katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Muhamad Jefry Mustafa di talian 014-8013500 jika mempunyai maklumat.

BHonline-

Tags: HILANGremaja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd