• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

oleh Mohd Arshad
10/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti itu susulan kes kematian beberapa ekor kucing akibat serangan anjing liar yang tular baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar selepas mendapati haiwan itu banyak terdapat dalam kawasan mereka.

“Itu tindakan dalaman dilakukan pihak pengurusan universiti kerana mereka juga ada bahagian keselamatan dan veterinar sendiri (untuk melakukan operasi).

“Tindakan menangkap anjing liar itu juga turut dilakukan dengan bantuan aktivis haiwan,” katanya selepas Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, hari ini.

Polis sebelum ini dilaporkan merakam 11 percakapan daripada pensyarah, penuntut, polis bantuan, aktivis haiwan dan doktor veterinar berhubung isu kematian kucing berkenaan.

Pada 5 Januari lalu, media melaporkan seekor lagi kucing turut ditemui mati di kawasan universiti itu, namun tiada siasatan dijalankan kerana ia perbuatan anjing liar.

Ku Mashariman berkata, keputusan bedah siasat terhadap bangkai seekor kucing seperti dalam laporan polis yang diterima pada 2 Januari lalu menunjukkan kematian disebabkan gigitan haiwan liar, menjadikan lima ekor kucing ditemui di universiti itu disahkan mati akibat serangan berkenaan.

Katanya, kes terkini membabitkan kematian seekor kucing di universiti itu juga dilihat mempunyai unsur sama, menyebabkan tiada siasatan lanjut dilakukan.

“Terdapat satu kes terkini yang sama, tetapi laporan bedah siasat mendapati puncanya juga adalah akibat gigitan haiwan liar,” katanya.

BHonline-

Tags: Anjing LiarKucing matiUniversiti Malaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BHEUU Tak Terima Sebarang Makluman Adendum Daripada Istana Negara

Next Post

Konsert Pinkfish: Polis Masih Tunggu Laporan Toksikologi PPUM

Related Posts

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

10/05/2025
0

Gombak: Satu lagi kes serangan anjing liar dilaporkan di kawasan Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, hari ini. Suami mangsa,...

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

04/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya (UM)...

Next Post
Konsert Pinkfish: Polis Masih Tunggu Laporan Toksikologi PPUM

Konsert Pinkfish: Polis Masih Tunggu Laporan Toksikologi PPUM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd