• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Nafi Hantar Amhari Ke China Untuk ‘Misi Sulit’ Selamatkan 1MDB

oleh Mohd Arshad
15/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Najib Nafi Hantar Amhari Ke China Untuk ‘Misi Sulit’ Selamatkan 1MDB
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau mengarahkan bekas pembantu khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin ke China bagi ‘misi sulit’ untuk menyelamatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bekas perdana menteri yang membela diri di Mahkamah Tinggi hari ini berkata, ia adalah tanggapan yang tidak masuk akal bahawa China boleh menyelesaikan isu yang dihadapi 1MDB dan tindakan sedemikian boleh dikecam antarabangsa.

Beliau turut mempersoalkan apakah mekanisme bagi negara berkenaan untuk menyelamatkan 1MDB.

“Mereka (China) buat infrastruktur, kita bayar mereka. Bagaimana mereka membayar hutang kita?” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mencadangkan bahawa pemergian Amhari ke China didalangi oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low iaitu sebahagian daripada usaha terdesak Najib untuk mendapatkan bantuan negara itu dalam menyelesaikan hutang berbilion dolar ditanggung 1MDB .

Bagaimanapun, Najib tidak bersetuju dengan cadangan itu dan menegaskan pemergian Amhari untuk bertemu dengan ahli perniagaan daripada perusahaan milik kerajaan China yang berminat untuk menyertai projek di Malaysia.

Namun, Ahmad Akram mempersoalkan bahawa Najib gagal menamakan secara khusus ahli perniagaan China yang sepatutnya ditemui Amhari dalam misi terbabit.

Najib menjawab, Amhari sepatutnya mendapatkan sendiri nama itu.

Disoal Ahmad Akram bahawa Najib mahu China menyelesaikan hutang (1MDB dan SRC International), Najib turut menafikan perkara itu.

“Tidak. Mustahil… tiada mekanisme atau arahan daripada saya. Kes ditutup lah. Tiada bukti. Kes ditutup,” katanya.

Sementara itu, Najib bersetuju dengan Ahmad Akram bahawa beliau menghantar Amhari ke Abu Dhabi bagi menyelesaikan isu antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) susulan lawatannya ke China.

Najib berkata, beliau memutuskan untuk menghantar Amhari dan bukannya pengurusan tertinggi 1MDB kerana mahu seseorang yang boleh dipercayai daripada pejabatnya untuk mewakilinya ketika itu.

Bekas menteri kewangan itu berkata, beliau mahu menyelesaikan pertikaian di luar Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (IAC) dan Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Investment Co, Khaldoon Khalifa Al Mubarak turut meminta supaya isu itu diselesaikan di peringkat perdana menteri.

Najib turut tidak bersetuju dengan cadangan Ahmad Akram bahawa beliau mengarahkan Amhari menghadiri mesyuarat di Abu Dhabi untuk kepentingan peribadinya.

Dalam prosiding semalam, Najib dicadangkan bahawa beliau memberikan arahan kepada Amhari untuk ke China pada Jun 2016, ketika mereka bertemu di rumahnya (Najib) pada waktu malam, bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata, beliau tidak ingat.

Najib juga tidak bersetuju dengan cadangan timbalan pendakwa raya bahawa beliau mengarahkan Amhari menjalankan misi sulit di negara itu, malah beliau boleh menghantar Amhari kerana ada keupayaan untuk menjalankan operasi rahsia atau bekerja secara sulit.

Najib menafikan cadangan itu dan menjelaskan bahawa ia bertujuan meninjau kemungkinan projek infrastruktur di Malaysia.

Akram: Kenapa tidak babitkan Wisma Putra?

Najib: Ia hanya untuk meninjau kemungkinan.

Akram: Jika ia tujuan rasmi, saya katakan apabila ada tugas rasmi, kena ada prosedur sah untuk digunakan bagi memastikan ia dijalankan mengikut prosedur antarabangsa?

Najib: Hantar Amhari hanya untuk meninjau kemungkinan projek infrastruktur di Malaysia, saya hendak dapatkan gambaran dulu, iaitu melalui tinjauan.

Akram: Datuk Seri hantar dia seorang, dengan menyatakan Jho Low akan bantu?

Najib: Ya, sebab Jho Low ada hubungan dengan Cjina, saya boleh bagi arahan pada bila-bila masa, malam boleh dan siang pun boleh.

Amhari dalam keterangan pada 4 September 2019 berkata, beliau amat tertekan ketika diarahkan untuk pergi ke China bagi menjalankan tugas sulit ‘menyelamatkan’ hutang 1MDB pada Jun 2016.

Amhari berkata, beliau mula diarahkan sendiri oleh Najib selepas bekas ketua setiausaha sulit Najib, Allahyarham Datuk Azlin Alias meninggal dunia dan ia bermula dengan arahan untuk ke China bertujuan mengesahkan terdapat persefahaman untuk meningkatkan hubungan dan pelaburan Malaysia-China.

Beliau berkata, Najib sendiri telah memintanya untuk datang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara itu dan memberitahu lawatan itu akan diuruskan Jho Low.

Katanya, beliau terpaksa akur walaupun ketika itu cukup tertekan dan ada terlintas untuk berhenti kerja kerana arahan berkenaan sangat membebankan.

Namun katanya, beliau terpaksa menurutinya kerana Najib adalah bosnya dan Perdana Menteri Malaysia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Istana Kehakiman di sini bersambung pada sesi petang.

-Harian Metro

Tags: 1MDBChinaDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Maut, Enam Parah Dalam Nahas Empat Kenderaan Berpunca Lori Terbabas

Next Post

Biden Larang Kemasukan Kenderaan Pintar Dari China, Rusia Atas Faktor Keselamatan

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post
Biden Larang Kemasukan Kenderaan Pintar Dari China, Rusia Atas Faktor Keselamatan

Biden Larang Kemasukan Kenderaan Pintar Dari China, Rusia Atas Faktor Keselamatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd