• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat 2 Beradik Lemas Di Bachok Ditemui

oleh Mohd Arshad
28/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mayat 2 Beradik Lemas Di Bachok Ditemui
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK: Mayat kanak-kanak berusia 11 tahun yang juga mangsa lemas membabitkan dua beradik di Sungai Kampung Kubang Telaga, di sini ditemui pagi ini selepas lebih 16 jam dilaporkan hilang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mayat Muhammad Asadullah Zehan ditemui jam 9.45 pagi tadi, lebih 12 jam selepas arwah abangnya, Muhammad Amirul Mukminin, 17, yang turut lemas ditemui malam tadi.

Kedua-dua mereka dilapor lemas ketika memancing di sungai berkenaan petang semalam.

Komander Operasi Kanan Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata mayat mangsa ditemukan kira-kira enam meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa selepas operasi selaman dijalankan bermula 9.29 pagi.

Bapa mangsa, Zehan Mohamed, 47, berkata sebelum kejadian Muhammad Asadullah ada meminta kebenaran untuk mengikut abangnya memancing di sungai berkenaan.

Katanya, anak sulung dan anak keduanya itu bersama seorang lagi rakan Amirul, Ahmad Faezie Fauzi, 17, ke lokasi berkenaan terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

“Saya ke masjid untuk solat Asar…. selepas balik saya dikejutkan berita dua anak lemas dan menurut rakan anak (Faezie), anak sulung saya terjun nak selamatkan adiknya yang tergelincir dan jatuh ke dalam salah satu lubang pada titi sungai.

“Mereka ke sana untuk memancing, tapi bukan kebiasaan… bila keduanya jatuh, rakan anak balik beritahu kejadian kepada isteri saya,” katanya yang tinggal di Kampung Desa Machang, Bachok.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk bedah siasat.

BHonline-

Tags: 2 beradikBachoklemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

Next Post

Gencatan Senjata Di Gaza Sekadar Tangguh Kekejaman Israel

Related Posts

‘Sekelip Mata Dua Anak Saya Ditarik Ombak…’

‘Sekelip Mata Dua Anak Saya Ditarik Ombak…’

03/06/2025
0

MERSING: Apa yang bermula sebagai perkelahan keluarga menjadi kenangan paling memilukan bagi seorang wanita apabila dua anaknya lemas dihanyutkan ombak,...

Warga Emas Ditemukan Lemas, Remaja Masih Hilang

Warga Emas Ditemukan Lemas, Remaja Masih Hilang

16/02/2025
0

KUCHING: Lelaki warga emas yang hilang ketika memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei di Limbang semalam, ditemukan lemas...

Next Post
Gencatan Senjata Di Gaza Sekadar Tangguh Kekejaman Israel

Gencatan Senjata Di Gaza Sekadar Tangguh Kekejaman Israel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd