• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah New York Tolak Permohonan Trump Tangguh Tarikh Jatuh Hukum Kes Wang Sogokan

oleh Mohd Arshad
10/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah New York Tolak Permohonan Trump Tangguh Tarikh Jatuh Hukum Kes Wang Sogokan
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK: Mahkamah Rayuan New York pada Khamis menolak permohonan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik, Donald Trump bagi menangguhkan ketetapan hukuman membabitkan kes sogokan yang dijadualkan pada Jumaat, lapor Xinhua.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Jenny Rivera dari Mahkamah Rayuan New York enggan menandatangani perintah itu selepas meneliti permohonan untuk menangguhkan sesi berkenaan, menurut perintah ringkas yang dikeluarkan mahkamah pada pagi Khamis.

“Susulan keputusan Hakim, tiada sebarang permohonan yang sedang dipertimbangkan dalam kes ini di Mahkamah Rayuan,” menurut perintah itu.

Pihak pendakwa dari pejabat peguam daerah Manhattan dalam dokumen mahkamah menyifatkan hujah Trump untuk menangguhkan hukuman berdasarkan konsep ‘kekebalan presiden bakal dilantik’ sebagai tidak berasas.

Sementara peguam Trump beralih kepada Mahkamah Rayuan New York dan Mahkamah Agung AS untuk menangguhkan ketetapan menjatuhkan hukuman, kini terpulang kepada Mahkamah Agung untuk membuat keputusan.

Hakim Ellen Gesmer dari Bahagian Rayuan Mahkamah Agung New York, Jabatan Pertama pada Selasa menolak usaha Trump untuk menangguhkan sesi itu.

Pada Mei 2024, juri di New York mendapati Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah, termasuk memalsukan rekod perniagaan untuk menutup pembayaran wang sogokan kepada seorang bintang lucah pada kempen pilihan raya Presiden 2016.

BHonline-

Tags: kes wang sogokanMahkamah New York
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd