• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsert Pinkfish: Polis Sahkan Ada Dadah Dalam Darah Empat Maut

oleh Mohd Arshad
18/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Konsert Pinkfish: Polis Sahkan Ada Dadah Dalam Darah Empat Maut
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ini berdasarkan dapatan analisis toksikologi daripada Jabatan Kimia, minggu lepas.

“Laporan telah diterima dari Jabatan Kimia, darah kesemua si mati mengandungi kandungan dadah dan telah dirujuk ke pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan laporan penuh.

“Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan seramai 52 orang saksi terdiri daripada rakan-rakan mereka yang maut dan petugas konsert tersebut.

“Manakala status seorang lagi mangsa lelaki berusia 30 tahun di PPUM masih belum diambil keterangan dan menunggu kebenaran dari pihak PPUM.

“Individu yang telah diberikan keluar dari PPUM dan diambil keterangan juga mempunyai kandungan dadah di dalam darah,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Sebelum ini, polis sudah merakam keterangan seorang lagi individu yang dirawat di PPUM bagi membantu siasatan kes kematian empat pengunjung konsert ambang tahun baharu.

Wan Azlan dilaporkan berkata, individu berkenaan yang sebelum ini menerima rawatan di PPUM sudah dibenarkan pulang dan keterangannya diambil pada 8 Januari lalu.

Terdahulu media melaporkan, siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi.

Awani-

Tags: dadahKonsert Pinkfishmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd