• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Saya Dipersalahkan?: Najib

oleh Mohd Arshad
20/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kenapa Saya Dipersalahkan?: Najib
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau mempengaruhi keputusan Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengadakan usaha sama dengan Petrosaudi International Limited (PSI).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bekas perdana menteri itu yang membela diri terhadap tuduhan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion berkata, Lembaga Pengarah yang akan memutuskan sama ada untuk menjalinkan usaha sama berkenaan.

Najib yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata, ketekunan wajar juga perlu dilakukan sebelum keputusan dibuat bagi usaha sama itu, bagaimanapun ia tidak dilakukan.

“Kenapa saya perlu dipersalahkan? Saya tidak memberi tekanan dan memaksa Lembaga Pengarah untuk memasuki usaha sama ini.

“Saya percaya Lembaga Pengarah terdiri daripada ahli profesional yang tidak akan membuat keputusan yang akan memudaratkan negara,” katanya.

Bagaimanapun Ahmad Akram mencadangkan bahawa Najib selaku pemegang saham tunggal tidak boleh menyalahkan Lembaga Pengarah mengenai keputusan terbabit.

Najib menjawab, ia tidak bermakna Lembaga Pengarah boleh melepaskan begitu sahaja tanggungjawab fidusiarinya.

Ahmad Akram: Adakah Datuk Seri ada membuat semakan?

Najib: Saya andaikan Lembaga Pengarah akan buat, firma guaman Wong & Partners akan buat dan Jho Low akan memberi taklimat (kepada Lembaga Pengarah) mengenai perkara yang perlu dibuat.

Ahmad Akram: Sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, pemegang saham tunggal dan Pengerusi Lembaga Penasihat, Datuk Seri sering membuat pelbagai andaian.

Datuk Seri andaikan Jho Low akan beritahu mengenai PSI, andaikan Jho Low akan beri taklimat mengenai usaha sama, andaikan Lembaga Pengarah 1MDB akan buat keputusan yang sewajarnya. Apa yang Jho Low (Low Taek Jho) cakap satu perkara sahaja, Datuk Seri terus percayakan dia.

Najib: Tidak, saya mahu dia (Jho Low) untuk bentangkan kepada Lembaga Pengarah. Dia mewakili Putera Turki (anakanda kepada Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah).

Najjb berkata demikian ketika menjelaskan mengenai panggilan telefon daripada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang berada dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 September 2009.

Pada perbicaraan sebelum ini, bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dalam keterangannya berkata, Lembaga Pengarah 1MDB diminta oleh Najib untuk tidak menghabiskan masa dengan meneliti transaksi lepas syarikat, sebaliknya menumpukan kepada cadangan usaha sama dengan PSI.

Mohd Bakke berkata, perkara itu disampaikan Najib melalui panggilan telefon selepas beliau (Najib) selesai bercakap dengan Jho Low ketika Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada September 2009.

Saksi itu merujuk kepada mesyuarat Lembaga Pengarah yang dihadirinya yang turut disertai Jho Low yang mana ahli perniagaan itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada Najib.

Ahmad Akram kemudian mencadangkan bahawa pada tarikh mesyuarat itu, Najib mengetahui 1MDB mempunyai dana sebanyak RM4.3 bilion untuk digunakan, bagaimanapun Najib berkata, beliau hanya mengutamakan mengenai kerjasama strategik dengan Arab Saudi dan hubungan dua hala negara berkenaan.

Najib juga menafikan bahawa beliau mengetahui mesyuarat yang diadakan pada 26 September 2009 adalah bagi membincangkan cara wang RM5 bilion yang dikumpul melalui penerbitan Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) akan dilaburkan.

Sementara itu, Najib turut menafikan bahawa beliau menakut-nakutkan bekas Pengarah Urusan KPMG, Datuk Johan Idris untuk menandatangani laporan audit penyata kewangan 1MDB bagi 2013.

Najib berkata, beliau tidak mengarahkan juruaudit untuk menutup akaun itu kerana beliau tidak berada dalam kedudukan untuk berbuat demikian, malah mahukan supaya perkara itu diselesaikan.

“Sudah tentu saya tidak boleh mengarahkan firma perakaunan profesional. Walaupun jika saya lakukan perkara itu, mereka tidak boleh mengikuti arahan saya.

“Mereka adalah juruaudit bebas dan KPMG ialah satu daripada firma pengauditan yang paling terkenal di dalam negara.

“Mereka mesti sangat profesional dan terikat dengan peraturan dan etika juruaudit,” katanya.

Johan dalam keterangan sebelum ini, berkata terdapat satu bentuk ‘ugutan’ daripada Najib ketika mengarahkan firma audit itu menutup dan menandatangani laporan audit penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi 2013.

Saksi itu merujuk kepada mesyuarat pada malam 15 Disember 2013 antara KPMG, 1MDB dan Najib di kediaman bekas perdana menteri itu di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

KPMG ketika itu belum menandatangani laporan audit 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013, kerana syarikat pelaburan strategik negara itu tidak memberikan maklumat yang diminta KPMG sejak April 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

BHonline-

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib RazakPSI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pukul OKU: Lima Suspek Ditahan, Beberapa Individu Dikesan Bantu Siasatan – Polis

Next Post

Pasangan Suami Isteri Pemilik Hejira Travel Ditahan Polis Johor

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
Pasangan Suami Isteri Pemilik Hejira Travel Ditahan Polis Johor

Pasangan Suami Isteri Pemilik Hejira Travel Ditahan Polis Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd