Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

MH370: Lima Sekeluarga Failkan...

KUALA LUMPUR - Lima sekeluarga hari ini memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System...

El Nino Tidak Jejas...

ALOR SETAR - Cuaca panas di Kedah antara 37 dan 39 darjah celsius...

Solat Di Hijir Ismail,...

LELAKI dari Pakistan ini merupakan antara individu paling bertuah di dunia. Jika umat Islam...

In transforming to Disney...

There are several distinctive approaches to essay writing. There are numerous steps that...

Jabatan Perikanan Selangor Keluar Notis Amaran Pengambilan Anak Kerang

SABAK BERNAM – Jabatan Perikanan Selangor bertindak menampal notis amaran berhubung aktiviti mengambil anak kerang melibatkan 22 lokasi di daerah ini dan Kuala Selangor.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tindakan itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai larangan mengambil anak kerang berukuran 4 milimeter atau lebih kecil serta mengenakan hukuman terhadap kesalahan tersebut.

Pengarahnya, Noraisyah Abu Bakar berkata, sebanyak 13 lokasi di Sabak Bernam dan sembilan di Kuala Selangor telah ditampal notis amaran berkenaan.

“Operasi ini turut disertai Maritim Malaysia (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang bagi memastikan kawasan tersebut bebas daripada aktiviti haram,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ujar beliau, rondaan pada Rabu lalu dilakukan di beberapa lokasi di Sabak Bernam antaranya di Jeti Bagan Nakhoda Omar, Jeti Pantai Bumi Hijau, Jeti Bagan Sungai Besar dan Jeti Kampung Baru Nelayan Sungai Besar.

“Operasi di Kuala Selangor pula memberi tumpuan di Bagan Tengkorak, Jeti Nelayan Sungai Kajang, Jeti bagan Pasir Penambang dan Jeti Tanjung Keramat,” katanya.


Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya masih terhadap aktiviti mengambil anak kerang dari perairan Negeri Selangor.

“Mereka yang melakukan kesalahan akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 yang boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” tambah beliau.

Kata beliau, selain memberi amaran tegas terhadap aktiviti pengambilan anak kerang, pihaknya turut mengedarkan poster dan risalah mengenai larangan penggunaan bubu naga.

“Kita mahu memastikan orang awam sedar tentang ancaman ekosistem marin akibat daripada aktiviti tidak terkawal.

“Orang ramai diminta mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan serta kelestarian sumber laut di negeri ini,” tambah beliau.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori