• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Tegur Avitan Shalom Mohon Penterjemah Pada Hari Pertama Bicara

oleh AK-47
07/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Hakim Tegur Avitan Shalom Mohon Penterjemah Pada Hari Pertama Bicara
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Hakim Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menegur tindakan tertuduh warga Israel yang meminta mahkamah menyediakan penterjemah pada hari pertama perbicaraannya yang didakwa atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Avitan Shalom, 39 meminta mahkamah menyediakan jurubahasa Ibrani (Hebrew) bagi menterjemahkan keterangan daripada saksi pihak pendakwaan.

Hakim Norina Zainol Abidin mengingatkan tertuduh sudah didakwa di mahkamah pada April tahun lalu.

“Masa yang diambil adalah hampir sembilan bulan dan (sepanjang tempoh itu) anda diwakili oleh peguam dan isu jurubahasa tidak pernah dibangkitkan atau dibawa ke perhatian mahkamah sama sekali semasa pengurusan kes itu.

“Hasrat anda untuk meminta jurubahasa dibawa kepada mahkamah pada saat akhir iaitu pada hari pertama perbicaraan yang sepatutnya dimulakan,” katanya.

Norina berkata, pada hari pertama perbicaraan semalam, dua pertuduhan sudah dibacakan kepada tertuduh dalam bahasa Inggeris.

Avitam mengakui memahami pertuduhan namun tidak sepenuhnya.

” Ya, saya faham, tetapi bukan saya faham semuanya. Saya faham tentang semalam, tetapi ia tidak benar kerana saya (sudah) memberitahu peguam saya beberapa kali.

“Setiap kali (ke mahkamah) saya tidak faham dan saya mahu penterjemah bahasa Ibrani,” katanya.

Ketika Norina menegaskan Avitan menggunakan bahasa Inggeris yang boleh difahami semua dalam prosiding hari ini.

“Anda sedar anda sedang menggunakan bahasa Inggeris sekarang?

“Saya ingin memaklumkan kepada semua pihak, pihak pendakwaan serta pihak pembelaan dan tertuduh bahawa mahkamah berusaha untuk mendapatkan jurubahasa Ibrani untuk mentafsir keterangan kepada tertuduh.

“Tetapi disebabkan itu, (permohonan di saat akhir) dan ia tidak pernah dibawa sama sekali kepada perhatian mahkamah sepanjang sembilan bulan pengurusan kes, mahkamah mungkin memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan jurubahasa Ibrani,” katanya.

Avitan berkata, dia hanya memahami bahasa Ibrani dan mengakui tidak memahami bahasa Perancis, Arab atau bahasa lain.

Peguam Datuk Naran Singh menjelaskan pihaknya sudah bersedia untuk meneruskan perbicaraan.

“Saya sudah mengosongkan kes saya. Tetapi itu bukan persoalannya di sini. Soalannya adalah untuk mahkamah.

“Mahkamah yang bertanggungjawab untuk bertanya kepada tertuduh.

“Adalah menjadi kewajipan mahkamah di bawah seksyen 270 yang menyatakan bahawa ia adalah tugas mahkamah untuk memastikan apa-apa keterangan diberikan dalam bahasa yang tidak difahami oleh tertuduh hendaklah ditafsirkan kepadanya dalam bahasa terbuka, di mahkamah terbuka dalam bahasa yang dia fahami,” katanya.

Naran berkata kelalaian, kecuaian peguam sebelum ini tidak boleh diletakkan kepada tertuduh.

“Semalam kita mula, saya membawa isu itu. Hari ini Selasa, dan jika percubaan itu, saya rasa tidak cukup usaha, kami akan cuba.

“Seperti yang saya katakan, saya akan cuba. Saya akan membantu mahkamah. Saya akan mencari jurubahasa yang lebih baik dan jika saya menemuinya, kami akan membawanya ke mahkamah.

“Jika mahkamah membenarkan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Mustaffa P Kunyalam tidak membantah permohonan itu kerana ia adalah hak pihak pembelaan.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan itu dan memberikan satu peluang lagi untuk mahkamah mencari jurubahasa Ibrani.

Norina menetapkan perbicaraan akan bersambung pada 13 Januari jam 2 petang.

Norina berkata memandangkan pihak pembelaan sudah menawarkan diri untuk membantu mahkamah mencari jurubahasa Ibrani, mahkamah meminta mereka berbuat demikian.

“Dan sekiranya tiada jurubahasa Ibrani tersedia, pihak mesti bersedia untuk perbicaraan dimulakan dan terus menggunakan bahasa Inggeris untuk ditafsirkan oleh jurubahasa mahkamah ini kepada tertuduh,” katanya.

TPR Mohamad Mustaffa memberitahu mahkamah pihaknya bersedia untuk meneruskan dan sudah mempunyai saksi.

-Harian Metro

Tags: Avitan ShalomHakim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB: Pendirian PN Kekal Biarpun Hadir Himpunan Solidariti Najib

Next Post

32 Maut, 38 Cedera Gempa Bumi Landa Xizang

Related Posts

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

19/03/2025
2

MUAR: "Perbuatan kamu (rakam) sangat teruk. Mahkamah berharap kamu insaf dengan perbuatan ini, janganlah ulangi kesalahan seperti ini." Demikian teguran...

Lelaki Israel Mengaku Miliki Senjata, Peluru Dipenjara Tujuh Tahun

Lelaki Israel Mengaku Miliki Senjata, Peluru Dipenjara Tujuh Tahun

26/02/2025
1

KAJANG – Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Kompleks Penjara Kajang di sini pada...

Next Post
32 Maut, 38 Cedera Gempa Bumi Landa Xizang

32 Maut, 38 Cedera Gempa Bumi Landa Xizang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd