• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

oleh Mohd Arshad
31/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG: Tiga lelaki dan seorang wanita dengan 21 rekod jenayah lampau, ditahan polis kerana disyaki terbabit kes ragut rantai emas di Taman Mawar, Puchong di sini jam 4.40 petang pada 3 Januari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata kejadian membabitkan seorang mangsa yang mendakwa rantai leher miliknya diragut dari arah belakang oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal berwarna merah.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftaran atau jenis motosikal terbabit dan kerugian dianggarkan RM8,000.

“Bertindak di atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan Respon Tim Balai Kinrara melancarkan operasi bermula 16 hingga 18 Januari.

“Pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas kesemua suspek terbabit yang berusia lingkungan 31 hingga 55 tahun.

“Suspek B1 ditahan di sekitar Petaling Jaya, manakala B2 yang merupakan suspek utama ditahan bersama B3 dan B4 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, tiga suspek itu ditahan sejurus mendarat di KLIA selepas pulang daripada bercuti di dalam negara.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati tiga daripada suspek berkenaan memiliki 21 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik.

Anbalagan berkata, saringan air kencing mendapati tiga daripada suspek berkenaan positif dadah.

“Polis turut merampas sebuah motosikal, helmet dan pakaian dipercayai digunakan ketika samun itu dilakukan, selain rampasan telefon bimbit, jam tangan, rantai serta cincin dipercayai emas.

“Hasil tangkapan dan rampasan ini, polis berjaya menyelesaikan 11 kes samun, ragut di dalam daerah Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya membabitkan nilai kerugian sekitar RM40,000.

“Suspek direman sehingga 3 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

BHonline-

Tags: Dalangditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih ‘Lalok’ Dalang Kes Pecah Masuk Kereta Sekitar Kota Bharu

Pasangan Kekasih ‘Lalok’ Dalang Kes Pecah Masuk Kereta Sekitar Kota Bharu

19/11/2025
0

KOTA BHARU: Pasangan kekasih yang disyaki mendalangi 21 kes pecah masuk kereta membabitkan kerugian lebih RM100,000 sejak beberapa bulan lalu...

Lelaki Ditahan Sebar Video Fitnah Kes Kematian Zara Qairina

Lelaki Ditahan Sebar Video Fitnah Kes Kematian Zara Qairina

17/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun selepas dipercayai terbabit menyebarkan video berunsur fitnah di Facebook membabitkan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd