• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daripada RM89,000, Baki Akaun Pesara Tinggal RM98.67 Ditipu ‘Pegawai Polis’

oleh Mohd Arshad
01/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Daripada RM89,000, Baki Akaun Pesara Tinggal RM98.67 Ditipu ‘Pegawai Polis’
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: Wang simpanan bertahun-tahun berjumlah RM89,000 lesap begitu sahaja selepas seorang pesara lelaki menjadi mangsa penipuan berkaitan tuntutan insurans tidak wujud.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian bermula apabila mangsa berusia 60 tahun menerima panggilan daripada individu kononnya mewakili syarikat insurans dan menyatakan dia mempunyai tuntutan polisi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata warga emas terbabit menafikan mengenai tuntutan itu sebaliknya diminta oleh suspek untuk membuat laporan polis.

Panggilan itu kemudian disambung kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.

“Dalam perbualan itu, mangsa dimaklumkan ‘pegawai polis’ dia terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.

“Tidak lama kemudian, mangsa menerima mesej menerusi WhatsApp daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai mahkamah dan boleh membantu menyelesaikan masalah itu.

“Pada 4 Disember lalu, mangsa diminta ke sebuah bank di daerah ini untuk menukar maklumat perbankan atas talian melalui mesin ATM,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, mangsa diminta memindahkan semua wang simpanan miliknya berjumlah RM89,000 selain diarahkan membayar wang jaminan berjumlah RM38,000.

Jelasnya, mangsa curiga dan segera membuat semakan dalam akaun namun terkejut apabila hanya berbaki RM98.67.

“Susulan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar semalam untuk tindakan lanjut.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.” katanya.

BHonline-

Tags: baki akaunLesapmangsa penipuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Runcit RON97, Diesel Naik 3 Sen

Next Post

Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Di Bilik Tidur Pusat Rawatan Swasta

Related Posts

Kilang Goodyear Tutup: Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Bantu 550 Pekerja Terjejas

Elak Jadi Mangsa Penipuan ‘Telegram Takeover’

08/03/2024
0

Ipoh: Awas jika anda menerima pesanan Telegram mencurigakan dari kenalan, keluarga atau saudara mara, kerana aplikasi itu terdedah kepada jenayah...

Pelaburan Saham ‘Tan Sri’: MHO Gesa 400 Mangsa Lapor Polis

Pelaburan Saham ‘Tan Sri’: MHO Gesa 400 Mangsa Lapor Polis

01/04/2023
0

PETALING JAYA: Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) menggesa 400 pelabur yang menjadi mangsa penipuan pelaburan saham antarabangsa melibatkan kerugian dianggarkan...

Next Post
Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Di Bilik Tidur Pusat Rawatan Swasta

Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Di Bilik Tidur Pusat Rawatan Swasta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd