• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah RM1.08 Juta Dirampas, 5 Termasuk Tiga Sekeluarga Ditahan

oleh Mohd Arshad
03/01/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Dadah RM1.08 Juta Dirampas, 5 Termasuk Tiga Sekeluarga Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Polis Selangor merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM1.08 juta menerusi serbuan dan tangkapan berasingan di sekitar Klang Utara, Shah Alam dan Ampang Jaya antara 31 Disember 2024 hingga 1 Januari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya turut menahan lima individu termasuk tiga sekeluarga berusia 22 hingga 47 tahun.

Beliau berkata, kes pertama membabitkan seorang pekerja syarikat pembekal bahan binaan yang bertindak menyewa sebuah rumah khusus untuk dijadikan makmal mini pemprosesan dadah.

“Suspek berusia 30 tahun dan ditahan pada jam 6.40 petang, 31 Disember lalu dan polis menemui sejumlah kecil dadah jenis MDMA (ekstasi) dan ketamin di sebuah rumah di Klang selepas dipandu arah oleh suspek.

“Selepas itu, suspek sekali lagi memandu arah polis ke sebuah rumah sewanya di Setia Alam yang dijadikan ‘mini lab’ dan merampas pil ekstasi seberat 5.3 kilogram (kg); cecair syabu (2.24 liter); syabu (2.1 kilogram); heroin (1.19 kilogram) dan peralatan memproses dadah ekstasi.

“Kesemua dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM1.06 juta dan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang. Polis juga bertindak menyita kenderaan Proton X70,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan kegiatan berkenaan antara enam ke lapan bulan lalu.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap suspek negatif selain lelaki itu juga tiada rekod jenayah lampau.

Sementara itu, bagi kes kedua, Hussein berkata seorang lelaki ditahan bersama isteri dan anak perempuannya dengan dadah jenis ganja seberat 316 gram.

Katanya, suspek bersama keluarganya yang menaiki kereta Proton Saga itu ditahan di sekitar Shah Alam pada jam 9.30 malam, 31 Disember lalu.

“Susulan daripada tangkapan itu, polis menahan seorang lagi lelaki tempatan di sebuah rumah di Ampang Jaya dan merampas 6.4 kilogram ganja.

“Suspek pertama mempunyai empat rekod jenayah lampau manakala suspek kedua memiliki satu rekod.

“Ujian saringan awal air kencing pula mendapati hanya suspek keempat yang positif dadah jenis THC.

“Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM20,922 dan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan trend ketika ini menunjukkan pengedaran dadah bukan daripada sindiket yang besar dan dijalankan seorang sahaja atau dalam kumpulan kecil.

“Mereka menggunakan media sosial bagi tujuan pembelian, pemprosesan dan pengedaran dadah.

“Selain itu, mereka ada komuniti sendiri dan tidak mengenali secara fizikal dengan pembayaran secara dalam talian. Jadi, pengedaran dadah kini semakin licik dan teknologi memudahkan aktiviti mereka,” katanya.

-Harian Metro

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kematian 4 Kucing Di UM Akibat Gigitan Haiwan – Polis

Next Post

Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post
Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

Perhilitan Giat Kesan Harimau Belang Di Kampung Orang Asli Sungai Choh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd