• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Kastam Perlis Dicuri Penyeludup, Dilarikan Ke Thailand

oleh Mohd Arshad
23/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bot Kastam Perlis Dicuri Penyeludup, Dilarikan Ke Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Sindiket penyeludup sempadan Malaysia-Thailand dilihat semakin berani mencabar undang-undang, apabila melarikan sebuah bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis yang ditambat di jeti JKDM Kuala Perlis pada 13 Januari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kehilangan aset JKDM itu terungkai selepas gerakan bersama pihak berkuasa Thailand berjaya menemui semula bot berkenaan di kawasan sungai berhampiran perairan Satun, Thailand, kira-kira tiga hari kemudian.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim, berkata kejadian itu dipercayai berhubung kait dengan siri operasi pembanterasan penyeludupan terutama daun ketum di perairan Perlis yang dijalankan pihaknya selama ini.

“Kehilangan bot fiber itu disedari pada pagi 13 Januari itu menyebabkan kita terus membuat laporan di Balai Polis Kuala Perlis. Kita percaya sampan itu dicuri di antara jam 4 hingga 6 pagi secara memotong tali menambatnya dengan pelantar jeti.

“Bot bernilai RM150,000 itu sering digunakan kita untuk tugasan risikan dan rondaan. Kita percaya sindiket penyeludupan cuba mendapatkan balik bot milik mereka yang kita rampas dan sita dengan menceroboh kawasan jeti itu.

“Namun, paras air jeti pada waktu itu sedang surut, bot milik suspek yang dirampas itu tidak dapat dialihkan kerana berada di kawasan berselut sehingga menyukarkan sebarang pergerakan membuat mereka nekad mencuri bot kita dengan menundanya ke Thailand,” katanya di sini, hari ini.

Ismail berkata, siasatan dan operasi dengan kerjasama polis negara ini dan pihak berkuasa Thailand berjaya mengesan sampan yang dilarikan itu di Satun, Thailand.

“Bot yang hilang itu ditemui di sebalik pokok di kawasan sungai Khlong Senten, Tambon Tammalang, Satun yang terletak kira-kira 30 kilometer dari jeti JKDM Kuala Perlis pada 16 Januari lalu.

“Sampan ditemui dalam keadaan sempurna tanpa ada sebarang pengubahsuaian, malah enjinnya juga masih ada ketika ditemui pihak berkuasa negara itu, namun kita percaya, penyeludup mempunyai hasrat melakukan pengubahsuaian terhadap sampan itu dan berkemungkinan menjualnya termasuk komponen enjin.

“Sampan itu kemudian ditunda pihak berkuasa Thailand dan kini berlabuh di sebuah jeti di Satun, Thailand sebelum proses penyerahan kembali aset itu dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Ismail berkata, walaupun laporan polis sudah dibuat, pihaknya juga turut menjalankan siasatan dalaman untuk menyiasat kehilangan sampan berkenaan termasuk meneliti segala aspek keselamatan di kawasan jeti berkenaan.

“Siasatan oleh jawatankuasa siasatan dalaman merumuskan kehilangan sampan milik kita tidak mempunyai unsur atau anasir ‘orang dalam’ sebaliknya lebih kepada tindakan balas dendam penyeludup terhadap kerugian yang ditanggung mereka.

“Kita menolak kemungkinan wujudnya pembabitan nelayan tempatan dan negara jiran dalam hal ini kerana bot nelayan yang cuba diambil penyeludup ini adalah bot dari negara ini namun ia dilarikan ke negara jiran dan ini juga mempunyai kaitan dengan siri rampasan membabitkan ketum, dadah yang dijalankan selama ini,” katanya.

BHonline-

Tags: Bot Kastam Perlisdicuri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Op Sky: 6 Lagi Individu Direman

Next Post

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

Related Posts

Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

10 Ditahan Susulan Kecurian Cip Kasino RM4.6 Juta

05/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 individu susulan kehilangan cip kasino bernilai RM4.6 juta di Genting Highlands di Pahang pada 28...

Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan

Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan

02/05/2023
0

JOHOR BAHRU: Polis giat mengesan individu yang bertanggungjawab atas kehilangan lebih 10 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau,...

Next Post
Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra - Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd