• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

oleh Mohd Arshad
23/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, tiada keperluan untuk membawa pegawai Wisma Putra pada sesi minum petang bersama kerabat diraja Arab yang pernah diadakan di atas kapal layar mewah, kerana beliau sekeluarga sedang bercuti ketika itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bekas Perdana Menteri itu yang membela diri atas pertuduhan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, pertemuan dengan Putera Arab Saudi, Putera Turki Abdullah Al-Saud, di atas kapal layar mewah itu hanya perkara peribadi.

“Tidak masuk akal (untuk membawa bersama pegawai kerajaan)… saya sedang bercuti. Apabila saya bercuti, Wisma Putra tidak perlu terbabit… saya berada di sana bersama keluarga.

“Anda tidak mahu pegawai kerajaan berada di sana bersama apabila anda berehat. Mereka pasti berasa janggal (berada di sana) kerana mereka tahu mereka menceroboh percutian anda, ke dalam urusan peribadi anda,” katanya.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pada sesi pemeriksaan semula.

Najib dalam pernyataan pembelaannya sebelum ini, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pertemuan dengan Putera Turki adalah sesi tidak formal.

Beliau menyifatkan ia pada mulanya adalah percutian keluarga semata-mata sebelum mereka dijemput ke kapal layar Putera Turki untuk minum petang.

Pertemuan itu turut disertai isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bersama anak-anak, Nor Ashman Razak, Nooryana Najwa serta Riza Aziz, dan kenalannya, Tan Sri Bustari Yusuf.

Najib menafikan keterangan saksi pendakwaan bahawa beliau, Putera Turki dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, merangka rancangan supaya 1MDB serta PetroSaudi International Limited menjalinkan usaha sama untuk menyeleweng berbilion ringgit, pada pertemuan itu.

Najib berkata, beliau bertemu Putera Turki pada hari kedua atau ketiga percutian keluarga di selatan Perancis, apabila dimaklumkan bahawa mereka sekeluarga diundang untuk menyertai minum petang di atas kapal layar yang terletak berhampiran.

Katanya, beliau terkejut dengan jemputan itu kerana Putera Turki adalah anak kesayangan Almarhum Raja Abdullah, iaitu Raja Arab Saudi yang memerintah ketika itu.

Pada pertemuan itu, Najib berkata, mereka disambut oleh Putera Turki dan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Tarek Obaid, dan beliau perasan Jho Low sudah berada di sana.

Najib membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan ketika itu bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Sementara itu, Najib mendakwa bahawa anak tirinya, Riza Aziz, menerbitkan filem Hollywood dengan menggunakan ‘wang bersih’ melalui pinjaman dana daripada Abu Dhabi.

Beliau berkata, Riza menerima wang berkenaan daripada Aabar Investments PJS atas dasar bahawa ia adalah ‘pinjaman terus’.

Katanya, ia dimaklumkan kepada Riza bahawa pinjaman itu adalah keputusan kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

Pada prosiding sebelum ini, Najib menafikan bahawa beliau meminta keluarga diraja Arab untuk membantu Riza yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Najib sebaliknya menegaskan, perbualan telefon dengan Putera Mahkota Arab Saudi yang dipanggil ‘Your Highness’ pada 2016, hanya untuk mendokumentasikan bantuan kewangan diberi kepada Riza yang juga seorang penerbit filem.

Katanya, perbualan telefon yang dikatakan itu adalah untuk mengesahkan secara rasmi pinjaman yang sudah dibayar semula oleh Riza.

Pendakwaan mencadangkan, Najib meminta bantuan daripada kerabat diraja Arab melalui panggilan telefon untuk mendapatkan persetujuan bertulis yang sah bagi melindungi dakwaan skim pengubahan wang haram yang membabitkan Riza.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada sesi petang.

BHonline-

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib Razakpegawai Wisma Putra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bot Kastam Perlis Dicuri Penyeludup, Dilarikan Ke Thailand

Next Post

Empat Maut Berebut Angpau Di Rumah Hartawan

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
Empat Maut Berebut Angpau Di Rumah Hartawan

Empat Maut Berebut Angpau Di Rumah Hartawan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd