• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Sulung Najib Sahkan Wujud Titah Adendum Daripada Istana Pahang – Peguam

oleh Mohd Arshad
06/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Anak Sulung Najib Sahkan Wujud Titah Adendum Daripada Istana Pahang – Peguam
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Rayuan di sini, anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar mengesahkan wujud Titah Adendum daripada Istana Pahang supaya bapanya menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi tahanan di rumah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam prosiding hari ini, Muhammad Shafee turut membaca perintah itu di hadapan panel tiga hakim, yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong ke-16 membenarkan anak guamnya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

“Kami memohon penerimaan semua bukti afidavit ini supaya boleh berhujah mengenai rayuan ini,” kata Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee turut berhujah, mahkamah perlu menerima semua bukti tambahan untuk dimasukkan dalam rayuan.

“Bukan tanggungjawab pemohon (Najib) untuk mendedahkan adendum ini, sebaliknya adalah tanggungjawab badan awam untuk melakukannya,” katanya.

Hujahnya, ‘the duty of candour’ harus dipikul oleh kerajaan dan dalam kes ini, ia adalah tanggungjawab Peguam Negara kerana titah adendum itu ditujukan kepada mereka.

“Mereka mesti menjawab kerana mereka adalah badan awam,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, ketiadaan jawapan itulah yang menyebabkan perhimpunan di luar kompleks mahkamah hari ini.

Prosiding hari ini didengar panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

Najib, 72, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Najib mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkan bekas perdana itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong tuntutannya termasuk kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak boleh diterima kerana ia khabar angin semata-mata.

Najib memohon perintah mandamus untuk memaksa responden menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari tahun lalu.

Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga memohon perintah, jika titah itu wujud, maka semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

SinarHarian-

Tags: anak sulungDatuk Seri Najib Razaktitah adendum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Tangani Isu Keselamatan Kenderaan Berat – Anthony Loke

Next Post

Hakim Persoal Mengapa Tiada Pihak Cabar, Pertikai Kewujudan Titah Adendum

Related Posts

Semua Prosiding Bersabit Titah Adendum Di Mahkamah Tinggi Tangguh Hingga Rayuan AG Selesai

Semua Prosiding Bersabit Titah Adendum Di Mahkamah Tinggi Tangguh Hingga Rayuan AG Selesai

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pendengaran membabitkan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehingga rayuan...

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

23/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, tiada keperluan untuk membawa pegawai Wisma Putra pada...

Next Post
Hakim Persoal Mengapa Tiada Pihak Cabar, Pertikai Kewujudan Titah Adendum

Hakim Persoal Mengapa Tiada Pihak Cabar, Pertikai Kewujudan Titah Adendum

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd