• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Pendirian PN Kekal Biarpun Hadir Himpunan Solidariti Najib

oleh Mohd Arshad
07/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
1MDB: Pendirian PN Kekal Biarpun Hadir Himpunan Solidariti Najib
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pendirian Perikatan Nasional (PN) berhubung skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kekal, biarpun pemimpin pembangkang menyertai perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata parti itu kekal mendesak akauntabiliti dalam skandal yang digambarkan sebagai kes kleptokrasi terbesar di dunia setakat ini.

Kehadiran pemimpin PN pada perhimpunan di Istana Kehakiman kerana isu titah diraja yang didakwa membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, adalah perkara kepentingan awam.

Selain itu, katanya, himpunan disertai pembangkang itu tiada kaitan dengan Najib sebagai ahli politik UMNO, tetapi lebih kepada nasibnya dan usaha menuntut kerajaan bertanggungjawab atas ‘ketidakjujuran’ dalam menguruskan isu tersebut.

“Ia dibahaskan di Parlimen (Dewan Rakyat). Tambahan, kerajaan hampir setahun berdolak-dalik mengenai kewujudannya. Pendirian PN berkisar pada prinsip keadilan dan menjunjung institusi diraja.

“Kehadiran kami didorong keprihatinan lebih luas terhadap kepentingan awam dan kedaulatan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Machang itu kepada FMT.

Pengasas bersama BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga adalah antara pengkritik paling lantang 1MDB, selain menggesa perbicaraan ‘adil dan saksama’ kepada pihak terbabit dengan skandal itu.

Antara pemimpin PN yang hadir memberi sokongan kepada Najib ialah, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar .

Wan Ahmad Fayhsal berkata, berdasarkan sistem perundangan negara, seseorang berhak mendapat pengampunan, seperti yang pernah diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 2018

“Inilah yang diperjuangkan PN. Kami di sini (menyertai himpunan solidariti Najib) untuk melindungi institusi diraja,” katanya.

Najib, 71, semalam, dilapor memperoleh kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam yang lain menjawab dan mengesahkan Titah Adendum berhubung penahannya di rumah.

Keputusan itu dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi memberikan keputusan berbeza.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini, mendakwa Titah Adendum itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Isu pengampunan banduan mencetus perdebatan susulan kes membabitkan Najib terutama dalam soal Titah Adendum untuk membolehkan bekas Presiden UMNO itu menghabiskan baki tempoh hukumannya kepada tahanan di rumah.

Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui kenyataan sebelum ini berkata Najib perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, sekiranya ingin menghabiskan baki tempoh hukumannya kepada tahanan di rumah.

Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September tahun sama.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta, menjadikan beliau bakal bebas pada 23 Ogos 2028.

Titah Adendum yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

-Berita Harian

Tags: 1MDBPNSolidariti Najib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rayuan Titah Tambahan: Najib Menang

Next Post

Hakim Tegur Avitan Shalom Mohon Penterjemah Pada Hari Pertama Bicara

Related Posts

‘Isu Babi Boleh Alih Sokongan Pengundi Kepada PN’ – Hamzah

‘Isu Babi Boleh Alih Sokongan Pengundi Kepada PN’ – Hamzah

24/04/2025
4

TAPAH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan isu penternakan babi boleh mendorong pengundi...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post
Hakim Tegur Avitan Shalom Mohon Penterjemah Pada Hari Pertama Bicara

Hakim Tegur Avitan Shalom Mohon Penterjemah Pada Hari Pertama Bicara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd