• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Individu Diambil Keterangan Insiden Konsert Ambang Tahun Baharu

oleh Mohd Arshad
04/01/2025
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
15 Individu Diambil Keterangan Insiden Konsert Ambang Tahun Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, antara individu yang telah diambil keterangan terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa.

“Polis juga pada ketika ini masih menunggu laporan bedah siasat dan toksikologi bagi menentukan punca kematian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Hussein berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dua lagi mangsa lain yang turut dilaporkan mempunyai simptom sama berkait dengan kematian empat individu berkenaan telah mula sedar, namun berada dalam keadaan lemah.

Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata, siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi.

Pihak penganjur kemudian tampil dengan kenyataan bahawa mereka telah mengambil pelbagai langkah keselamatan seperti kehadiran lebih 100 anggota polis, menempatkan anggota keselamatan terlatih dan unit K9 di semua pintu masuk, serta akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan polis.

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang menyiasat punca kematian empat individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu itu.

Bernama-

Tags: individuketerangankonsert ambang tahun baharu]
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

Next Post

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

Related Posts

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

08/04/2025
0

NIBONG TEBAL- Polis telah merakam keterangan lima daripada tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini yang dipercayai terlibat...

Lima Cedera Diserang Rottweiler: Polis Sudah Ambil Keterangan Pemilik Anjing

Lima Cedera Diserang Rottweiler: Polis Sudah Ambil Keterangan Pemilik Anjing

02/04/2025
2

Baling: Polis sudah mengambil keterangan pemilik dua anjing jenis Rottweiler yang menyerang lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil,...

Next Post
Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

Rumah Terbakar: Dua Beradik Buntu Hadapi STPM, SPM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd