• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terusan Akan Kekal ‘Milik Panama’ – Presiden Mulino

oleh Mohd Arshad
23/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Terusan Akan Kekal ‘Milik Panama’ – Presiden Mulino
Share on FacebookShare on Twitter

PANAMA CITY – Presiden Panama, Jose Raul Mulino pada Ahad menegaskan bahawa Terusan Panama akan ‘terus kekal milik Panama’ selepas Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk mengembalikan terusan itu kepada pemilikan AS, lapor Xinhua.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Setiap meter persegi Terusan Panama dan kawasan sekitarnya adalah hak milik Panama dan ‘akan kekal begitu’ serta ‘kedaulatan dan kemerdekaan negara kita tidak boleh dirunding’,” kata Mulino dalam satu hantaran video di media sosial.

Trump pada Sabtu menyifatkan Terusan Panama sebagai ‘aset nasional yang penting untuk AS’ dan mengancam untuk mengambil semula terusan itu dengan alasan ‘harga terlalu tinggi’ dikenakan ke atas kapal AS.

Mulino berkata, beliau berharap untuk mengekalkan hubungan ‘penuh hormat’ dengan kerajaan baharu AS.

Beliau turut menekankan bahawa isu keselamatan seperti pendatang haram, pengedaran dadah, keganasan dan jenayah terancang perlu menjadi keutamaan dalam agenda dua hala kedua-dua negara.

Beliau mengingatkan bahawa menurut Perjanjian Torrijos-Carter yang ditandatangani pada 1977 oleh Presiden Panama ketika itu, Omar Torrijos dan Presiden AS Jimmy Carter, rakyat Panama telah memperoleh kembali kedaulatan ke atas terusan itu pada 31 Dis 1999.

Mulino menambah bahawa Perjanjian Torrijos-Carter mewujudkan keberkecualian kekal Terusan Panama, “menjamin operasinya yang terbuka dan selamat untuk semua negara. (…) sebarang pendirian yang bertentangan adalah tidak sah.”

(Caj) ditetapkan berdasarkan pendengaran terbuka, mengambil kira keadaan pasaran, persaingan antarabangsa, kos operasi serta keperluan penyelenggaraan dan pemodenan laluan air antara lautan,” kata Mulino.

“Terusan ini akan terus kekal milik Panama sebagai warisan negara kita yang tidak boleh dipisahkan dan menjamin penggunaannya untuk transit kapal yang aman dan tanpa gangguan dari semua negara,” kata Presiden Panama.

Bernama-

Tags: Amerika SyarikatJose Raul MulinoTerusan Panama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

26/11/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tindakan Amerika Syarikat didakwa meminta kerajaan Lubnan menyerahkan semula bom GBU-39B yang tidak meletup dalam...

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

04/11/2025
0

Dah mula dah..... AS Beri Amaran Kepada Malaysia Mengenai Kerjasama Dalam BRICS Laporan Mynewshub Tarikh: 4 November 2025 AS Tegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd