• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Dana 1MDB: Najib Baca Sendiri Pernyataan Saksi 525 Muka Surat

oleh AK-47
02/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Seleweng Dana 1MDB: Najib Baca Sendiri Pernyataan Saksi 525 Muka Surat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding bela diri bagi menjawab 25 tuduhan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion, dengan keseluruhan pernyataan saksi setebal 525 muka surat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun pada prosiding pagi ini, bekas Perdana Menteri itu hanya sempat membaca beberapa perenggan daripada keseluruhan pernyataan saksi bertulisnya itu yang terbahagi kepada dua jilid, yang merangkumi latar belakangnya, sebelum Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon ia ditangguhkan bagi membuat pindaan.

Melalui penyataan dibacakannya, Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan turut menyatakan beliau bukan Perdana Menteri pertama yang memegang kedua-dua jawatan iaitu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Najib menegaskan Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama memegang kedua-dua portfolio dari 1957 hingga 1959 dan kemudian 1960 hingga 1962, manakala Allahyarham bapa beliau sendiri, Tun Abdul Razak memegang kedua-dua jawatan itu dari 1970 hingga 1976. Tun Dr Mahathir Mohamad pula mengambil alih portfolio kewangan dalam 1990-an, selain Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa mentadbir negara.

“Dua peranan itu membolehkan perdana menteri menyelia dan menyelaras dasar ekonomi dan fiskal, dan amalan itu berterusan sehingga hari ini dengan perdana menteri ketika ini,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Shafee memaklumkan kepada Hakim Datuk Lawrence Sequerah, bahawa Najib selaku saksi pembelaan pertama memohon untuk membacakan pernyataan saksinya.

Seksyen 402B (6) Kanun Prosedur Jenayah menetapkan pernyataan saksi hendaklah dibaca dengan kuat dalam prosiding di mahkamah, kecuali jika mahkamah membuat arahan sebaliknya dan dianggap sudah dibaca.

Muhammad Shafee berkata, arahan anak guam ialah supaya dokumen itu dibacakan di mahkamah bagi membolehkan ia diingati dan difahami dengan lebih jelas.

Muhammad Shafee berkata, pasukan pembelaan bekerja di bawah tekanan untuk melengkapkan keterangan saksi dalam tempoh sebulan sejak Najib diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober lalu.

“Ini adalah minimum yang boleh kami lakukan… menerima arahan daripada anak guam dalam penjara bukanlah mudah.

“Ia adalah keadaan yang sangat mencabar… anak guam akan memberikan arahan dan beberapa dokumen perlu ditinggalkan bersamanya semalaman untuk dibaca,” katanya.

Sequerah kemudian membenarkan pernyataan saksi itu dibaca, namun bertanya sama ada kenyataan yang panjang lebar itu boleh dibaca sedikit laju, sebelum Muhammad Shafee menjawab pihaknya akan mengambil maklum.

“Anak guam saya adalah salah seorang penceramah dan pembahas terbaik,” katanya.

Pada prosiding pagi ini, Shafee turut memaklumkan hakim bahawa pasukan pembelaan akan memanggil 20 lagi saksi termasuk saksi pakar.

Pada 30 Oktober lalu, mahkamah memerintahkan Najib membela diri atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana daripada 1MDB.

Sequerah memutuskan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap bekas menteri kewangan itu ke atas syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Hakim memutuskan Najib perlu menjawab pertuduhan berikutan 50 keterangan saksi semasa peringkat prosiding pendakwaan yang berlangsung enam tahun sejak perbicaraan bermula pada 2019. Tertuduh pertama kali didakwa pada 2018.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun atas kes salah guna kuasa berasingan membabitkan RM42 juta dana daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Dia juga menghadapi perbicaraan jenayah yang sedang dijalankan bagi kes pengubahan wang haram SRC RM27 juta.

Sebelum ini, Najib dibebaskan dalam satu lagi kes jenayah membabitkan kes laporan audit 1MDB.

Minggu lalu, Najib juga diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dalam kes pecah amanah jenayah (CBT) RM6.6 bilion Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).

-Berita Harian

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024

Next Post

Tiada Cukai Tersembunyi Dalam Harga Mingguan RON97, Diesel

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Next Post
Tiada Cukai Tersembunyi Dalam Harga Mingguan RON97, Diesel

Tiada Cukai Tersembunyi Dalam Harga Mingguan RON97, Diesel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd