• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Kes Syed Saddiq Didengar 19 Mac Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
09/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rayuan Kes Syed Saddiq Didengar 19 Mac Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 19 dan 20 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman bagi empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

“Mahkamah turut menetapkan 15 Januari untuk pengurusan kes bagi mengetahui status lengkap rekod rayuan dan pihak-pihak perlu memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 4 Mac depan,” katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pendengaran rayuan kes itu.

Syed Saddiq, 32, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada ketika itu, Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Bekas Presiden Muda itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

-Harian Metro

Tags: RayuanSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd