• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok

oleh Mohd Arshad
21/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Polis tidak gentar dengan mana-mana ancaman, kita sentiasa berwaspada dan bersiap siaga.”

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Itu kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkaitan ancaman tertentu yang tidak berpuas hati terhadap keputusan menguatkuasakan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok antara Malaysia-Thailand.

Tegas beliau, ancaman itu tidak seharusnya menggugat usaha pihak polis dalam menegakkan undang-undang.

“Kita sedang menganalisis maklumat risikan yang diperoleh, bagaimanapun ancaman sebegini tidak perlu digentarkan.

“Apa yang kita lakukan adalah berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia, menjadi tugas polis untuk pastikan rakyat mematuhinya,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, anggota dan pegawai yang bertugas di sempadan terbabit telah diingatkan untuk sentiasa bersiap siaga dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.

“Kita perlu bersedia walaupun maklumat itu mungkin betul atau tidak. Tetapi, ada kemungkinan ia boleh menjadi kenyataan, dan ini memerlukan kesiapsiagaan kita.

“Polis tidak boleh gentar terhadap sebarang ancaman, kerana jika kita tunduk kepada tekanan tersebut, ia akan membuka ruang kepada pelanggaran undang-undang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan terus kekal terjamin.

“Kita akan terus melaksanakan undang-undang yang berkuat kuasa untuk memastikan sempadan negara kekal selamat.

“Langkah ini sebahagian daripada usaha memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terjamin,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Polis Kelantan menerima ancaman pihak tertentu yang tidak berpuas hati terhadap keputusan menguatkuasakan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok antara Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya tetap akan meneruskan penguatkuasaan larangan terbabit yang bermula pada 1 Disember lalu.

Terdahulu, media melaporkan polis akan menahan individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand.

Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi yang disabit kesalahan.

SinarHarian-

Tags: polissempadanSungai Golok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

Next Post

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

Related Posts

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

02/06/2025
0

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit, selepas merampas syabu seberat 365 kilogram bernilai RM13.14...

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Next Post
Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd