• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

oleh Mohd Arshad
27/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN bagi menumpu usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata, pelantikan tokoh perniagaan terkemuka Thailand itu juga bertujuan merintis usaha damai di selatan Thailand dan merungkai krisis di Myanmar, yang dilihat terus meruncing hingga ini.

“Saya bertemu sahabat baik yang juga mantan Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra semalam dan mengadakan perbincangan panjang lebar terkait beberapa perkara penting, termasuk peranan beliau selaku penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN.

“Perbincangan kami seputar beberapa isu kritikal serantau, merangkumi usaha melonjak ekonomi, perkembangan teknologi baharu, merintis usaha damai di Selatan Thailand dan merungkai krisis di Myanmar,” katanya dalam satu catatan di Facebook beliau hari ini.

Anwar menjelaskan, kepakaran dan jaringan perhubungan meluas yang dimiliki di rantau ini, membolehkan beliau memainkan peranan dan membuka peluang penting buat Malaysia dan ASEAN bagi berdepan cabaran ini dengan penuh yakin dan berkesan.

“Saya dan Thaksin turut bertukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Thailand dan selaras visi dan persefahaman seperti mana yang saya kongsikan bersama-sama Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

“Kami berkongsi kepercayaan yang sama sejak puluhan tahun lalu, bahawa Malaysia dan Thailand berupaya mencipta pelbagai kejayaan bersama untuk kedua-dua negara dan rantau ini.

“Insya-Allah, saya dan Thaksin komited untuk merealisasikan hasrat ini,” katanya tanpa memperincikan lokasi pertemuan tokoh politik Thailand itu semalam.

Semalam, Anwar dilapor berada di Langkawi bersama keluarga dan turut menghadiri beberapa program bertemu masyarakat.

Anwar ketika mengumumkan pelantikan Thaksin pada 16 Disember lalu, menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan negarawan seperti Thaksin untuk berkongsi kepakaran serta idea kepada Pengerusi ASEAN berkenaan isu serantau.

Thaksin, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand dari 2001 hingga 2006, hidup dalam buangan sejak 2008 dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin.

Malaysia akan mempengerusikan ASEAN bermula 1 Januari 2025, dengan fokus untuk memastikan Asia Tenggara terus menjadi rantau yang aman, stabil dan makmur.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-Berita Harian

Tags: ASEAN 2025pmThaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebat Pesalah Khalwat Berulang: 40 Polis Kawal Keselamatan, Orang Ramai Dilarang Buat Rakaman

Next Post

Bapa Didakwa Lambung Anak, Lilit Leher Dengan Kabel

Related Posts

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

27/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Harga Beras Import Dari India Berjaya Diturunkan Hasil Rundingan Bersama – PM

Harga Beras Import Dari India Berjaya Diturunkan Hasil Rundingan Bersama – PM

07/12/2024
0

BUTTERWORTH - Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk...

Next Post
Bapa Didakwa Lambung Anak, Lilit Leher Dengan Kabel

Bapa Didakwa Lambung Anak, Lilit Leher Dengan Kabel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd