• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Pembunuhan Kejam 2 Kucing Terlerai

oleh Mohd Arshad
18/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Misteri Pembunuhan Kejam 2 Kucing Terlerai
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Bukan mangsa penderaan. Sebaliknya kematian mengerikan dua kucing yang putus kesemua kaki dan terbelah perut di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, di sini, adalah akibat serangan anjing liar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihak Balai Polis Pantai menerima laporan berhubung kejadian membabitkan dua kucing itu pada jam 6.20 petang, semalam.

“Siasatan sudah dijalankan dan mendapati kematian kucing itu adalah disebabkan oleh serangan anjing-anjing liar di kawasan itu.

“Laporan polis sudah dirujuk kepada Jabatan Veterinar dan pihak Pengurusan Universiti Malaya untuk tindakan susulan,” katanya.

Kelmarin, Kesatuan Pelajar Universiti Malaya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (KMUM FPE) melalui wakilnya, Vincent Ng dan Kaven Khoo membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak polis juga sudah berhubung dengan pasukan veterinar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dihantar ke fakulti berkenaan pada jam 4 petang semalam untuk pemeriksaan,” katanya.

KMUM FPE dalam kenyataan di Facebook berkata, laporan itu adalah langkah ke arah memastikan kebajikan semua pelajar dan menggesa semua pengurusan kampus mengambil serius perkara itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan rasa tidak puas hati warganet berhubung kejadian pembunuhan dua ekor kucing yang dikaitkan dengan perbuatan dera.

Kejadian berlaku di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, di sini, dan perkongsian itu turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

KMUM FPE dilaporkan berkata, pihaknya amat terkejut serta sedih dengan kes penderaan kucing yang berlaku pada 12 Disember dan 16 Disember lalu.

-Harian Metro

Tags: kucing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Next Post

TMJ Adakan Pertemuan Dengan Presiden FIFA

Related Posts

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

08/02/2025
0

Georgetown : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dakwaan penemuan kira-kira 10 bangkai kucing dalam...

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

28/01/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular. IKUTI CHANNEL...

Next Post
TMJ Adakan Pertemuan Dengan Presiden FIFA

TMJ Adakan Pertemuan Dengan Presiden FIFA

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd