• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Ditemui Selepas Dua Hari Hilang Ketika Cuba Selamatkan Anak Saudara

oleh Mohd Arshad
28/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mayat Ditemui Selepas Dua Hari Hilang Ketika Cuba Selamatkan Anak Saudara
Share on FacebookShare on Twitter

PAPAR: Mangsa ketiga insiden lemas di pantai Kampung Bundusan, di sini, Khamis lalu dikatakan cuba menyelamatkan anak saudaranya sebelum hilang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mayat Karl Marx Vitalis, 48, ditemui pada jam 12.02 tengah hari tadi, selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata, mangsa ditemui pasukan bomba kira-kira 1.5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Teknik pencarian iaitu operasi menyelamat di permukaan air (Surface Water Rescue) dan pasukan bomba menemui mangsa pada jarak 1.5 kilometer dari mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa seterusnya dibawa ke tepi pantai dan disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya jam 1.32 tengah hari.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang Khamis lalu, Razq Aariz Julkarnain Abd Aziz, 14, dan Rubern Vitalis, 7, ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ombak ketika mandi di pantai berkenaan manakala Karl Marx Vitalis yang cuba menyelamatkan anak saudaranya itu hilang sebelum SAR ketiga diteruskan hari ini.

Seorang lagi mangsa iaitu Matthew Kana Vitalis, 12, berjaya diselamatkan penduduk kampung.

Terdahulu, operasi SAR dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah termasuk Unit Dron, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

BHonline-

Tags: Anak SaudaraHILANGMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd