• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

oleh Mohd Arshad
06/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, laporan itu telah diedarkan kepada semua ahli Parlimen dengan beberapa perkara telah deklasifikasikan dan dijangka dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Harap ia akan dibahaskan supaya rakyat tahu apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Seminar Potensi Industri Lembu Hibrid Pedaging Malaysia 2024, di Bangunan Parlimen di sini pada Jumaat.

Semalam dilaporkan, menerusi laporan setebal 217 muka surat itu, RCI mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.

Sebelum ini Azalina dalam kenyataan berkata, laporan RCI terbabit sudah diedarkan kepada ahli Parlimen dan ia akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari Khamis minggu depan.

Sementara itu, Johari berkata, tindakan penggantungan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim (Perikatan Nasional) daripada menghadiri sidang Parlimen selama 10 hari merupakan peringatan terakhir kepada semua ahli Parlimen.

Johari berkata, tindakan berkenaan adalah supaya kesemua ahli Parlimen mengambil pengajaran untuk tidak mengkritik Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana jawatan itu merupakan antara institusi di negara ini.

“Jadi ini adalah peringatan kepada ahli Parlimen lain. Jangan attack (kritik) Speaker, attack (kritik) Johari Abdul itu tidak mengapa… kerusi itu ada institusi dia, perlu faham perkara itu. Kami (ahli Parlimen) sebahagian daripada institusi, jadi jangan buat macam itu,” katanya.

Johari berkata, sebelum memutuskan penggantungan terhadap Awang, beliau telah memberikan tiga peluang dengan menghantar surat kepada Ahli Parlimen Pendang itu untuk memohon maaf kepadanya namun Awang tidak berbuat demikian.

“Saya wakilkan SUDR (Setiausaha Dewan Rakyat), jumpa dia (Awang) tetapi dia tidak datang. Saya suruh dia punya Ketua Whip nasihat dia, dia tak datang,” katanya.

Terdahulu, Awang digantung 10 hari daripada menghadiri Dewan Rakyat bermula semalam susulan kenyataan negatif terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat menerusi aplikasi TikTok pada 18 Julai.

Bernama-

Tags: Batu PutehDewan Rakyatlaporan RCI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd