Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Belum Masa Lagi Untuk...

SHAH ALAM - Pengendali skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) Datuk Ong...

Majlis Belia Johor Puji...

LANGKAH PERTAMA; SKANDAL HARTANAH1. Sehari selepas MBNJ mengeluarkan kenyataan tentang Skandal Hartanah, kebetulan...

Tomok Rela Diekori Kamera...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Tomok mewujudkan saluran YouTube sendiri sejak dua minggu lalu...

Ronaldo Didakwa Rogol Model,...

POLIS Las Vegas membuka semula siasatan terhadap dakwaan mengenai Cristiano Ronaldo merogol seorang...

Kes Pengabaian, Penderaan Di TASKA Masih Berlaku – Noraini

KUALA LUMPUR : Kes penderaan dan pengabaian di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) masih berlaku dengan kebanyakkannya membabitkan premis haram yang tidak diketahui kewujudannya, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Beliau juga mendedahkan, sebanyak 4,424 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak direkodkan setakat Ogos lalu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, hanya tiga kes direkodkan berlaku di TASKA berdaftar dengan kementerian, manakala bakinya membabitkan operator haram.

Mengenai syor pengenalan kad bekerja dengan golongan rentan, Noraini mengakui terbuka dengan cadangan itu, selain menegaskan ia perlu diperhalusi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Kita sebagai rakyat memang marah apabila dengar kes penderaan terhadap kanak-kanak. Kami di kementerian mengakui memang ia masih berlaku.

“Namun, kebanyakan kes penderaan ini berlaku di TASKA tidak berdaftar yang tidak diketahui pun wujud oleh kementerian. Jika mereka mendaftar dengan kementerian atau TASKA tidak berdaftar, tetapi dalam senarai JKM (Jabatan Kebajikan Masyrakat), Notis Peringatan sudah dikeluarkan supaya tak beroperasi sehingga selesai proses pendaftaran,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai penyelesaian kes penderaan dan pengabaian yang dikesan berlaku di TASKA di seluruh negara pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.


Menjawab soalan asal, Noraini berkata, selain penguatkuasaan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), JKM sentiasa mengambil inisiatif berterusan bagi mengurangkan risiko kes membabitkan kecuaian, pengabaian dan penderaaan kanak-kanak di TASKA.

JKM juga sudah mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan Kanak-Kanak di TASKA Berdaftar, berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu, selain mengarahkan pegawai diberi kuasa menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut bagi memastikan semua standard minimum ditetapkan, dipatuhi.

Selain itu, menyediakan perkhidmatan Talian Kasih 15999 yang membolehkan sebarang aduan penderaan dilaporkan pada bila-bila masa.

“Kementerian sejak 2023 sudah melancarkan ‘Program Advokasi Kanak-kanak’ dalam usaha memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat umum, termasuk kanak-kanak, pelajar, ibu bapa dan guru terhadap hak kanak-kanak serta layanan layak dan sewajarnya.

“Usaha mengurangkan risiko serta bilangan kes penderaan, pengabaian kanak-kanak dan isu berkaitan keselamatan golongan ini secara amnya harus dipikul bersama.

“Sikap ambil tahu, cakna dan peka dengan keadaan dan keperluan kanak-kanak di sekeliling perlu disemai dalam kalangan masyarakat supaya ia bukan sahaja memastikan kemaslahatan terbaik untuk kanak-kanak, malah turut mengeratkan perpaduan rakyat,” katanya.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • taska

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori