• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Kesan Darah Di Lantai, Tilam, Baju Ditemui di 3 Lokasi

oleh Mohd Arshad
06/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Kesan Darah Di Lantai, Tilam, Baju Ditemui di 3 Lokasi
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU: Seorang pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu terdapat kesan darah di lantai dan tilam di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu, ketika menjalankan siasatan di lokasi kejadian, kira-kira jam 10 pagi pada 24 Mac lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Saksi pendakwaan ke-21, Deputi Superitendan Rafidah Kasim, berkata siasatan di tempat kejadian adalah di tiga bilik asrama iaitu 7 Resak, 5 Belian dan 7 Belian di kolej berkenaan yang dipasang tali kuning.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di bilik 7 Resak iaitu bilik tidur si mati (Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17,) terdapat enam katil dua tingkat dan 12 almari besi pakaian dua pintu.

“Katil si mati berada di sebelah kanan tepi tingkap serta terdapat satu cadar warna ungu dan dua bantal berwarna hitam merah di atas katil, selain sepasang baju, seluar dan kasut serta stoking berada di bawah katil.

“Hasil pemeriksaan di lantai bilik 7 Resak mendapati terdapat beberapa kesan darah di lantai dan tilam si mati,” katanya.

Jelas saksi itu lagi, pasukan siasatan kemudiannya membuat pemeriksaan di bilik asrama 5 Belian iaitu tempat si mati dipercayai dipukul oleh suspek dan turut menemukan beberapa kesan darah di lantai.

Selain itu, sehelai baju lengan panjang tanpa kolar dijumpai dalam baldi serta sehelai selimut warna kelabu dijumpai di atas tilam juga mempunyai kesan darah.

“Pemeriksaan juga dibuat di tandas tingkat satu di mana si mati dipercayai pergi ke sana untuk mandi selepas dipukul oleh suspek.

“Bagaimanapun, tiada sebarang item dikutip kerana hasil siasatan mendapati tempat kejadian digunapakai oleh penghuni asrama yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan akhir dilakukan di bilik asrama 7 Belian iaitu tempat si mati ditemui tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Di dalam bilik itu terdapat enam katil dua tingkat, tujuh almari pakaian besi dua pintu dan tiga almari kayu.

“Pemeriksaan di atas tilam dipercayai lokasi terakhir si mati ditemui tidak sedarkan diri juga terdapat kesan dipercayai darah,” katanya menerusi pernyataan saksi di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Rafidah berkata, barang kes yang diambil di ketiga-tiga lokasi adalah dua swab darah pada lantai dan satu potongan tilam milik si mati di bilik 7 Resak; satu swab darah pada lantai dan sehelai baju lengan panjang tanpa kolar celoreng hitam saiz-M logo Harimau Malaya yang dijumpai dalam baldi di bilik asrama 5 Belian.

Sehelai selimut berwarna kelabu tertera lambang dan tulisan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kolej Vokasional Lahad Datu serta satu potongan tilam atas lantai di bilik asrama 7 Belian.

“Semua swab sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan barang kes yang dikutip adalah bagi perbandingan profil DNA si mati dan suspek.

“Satu unit kabel pengecas telefon pintar jenama Realme berwarna putih bertanda MS-1 yang dirampas daripada tertuduh keempat untuk bantuan mengambil swab DNA pada barang kes itu,” jelasnya.

Sementara itu, ketika sesi pemeriksaan balas, Pegawai Turus D10 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah itu bersetuju dengan peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin bahawa pasukannya tidak menggunakan ‘Poly Light’ semasa pemeriksaan dibuat sebaliknya mengguna ‘alat’ lain (tidak didedahkan).

Zairi: Saya katakan kepada kamu bahawa ‘poly light’ adalah satu alat yang boleh digunakan untuk mengesan kesan-kesan darah atau simen di tempat yang tidak boleh dinampak pada kasar?

Rafidah: Setuju

Zairi: Sekiranya itu jawapan kamu, setuju saya katakan bahawa tidak ada sebarang kesan darah ditemui di bilik asrama 5 Belian selain daripada apa yang kamu nampak dengan mata kasar dan kamu tandakan?

Rafidah: Setuju.

Prosiding perbicaraan hari ke-11 hari ini membabitkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun yang dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu pada jam 9 malam pada 21 Mac hingga jam 7.38 pagi pada 22 Mac lalu.

BHonline-

Tags: Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: Kesan Darah Di Lantaikesan darah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

Next Post

Kelemahan Hingga Terlepas Batu Puteh Adalah Pengkhianatan Buat Negara – PM

Related Posts

Kesan Darah Di Dalam Bilik Adalah Milik Zayn Rayyan – Saksi

Kesan Darah Di Dalam Bilik Adalah Milik Zayn Rayyan – Saksi

22/04/2025
5

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham...

Next Post
Kelemahan Hingga Terlepas Batu Puteh Adalah Pengkhianatan Buat Negara – PM

Kelemahan Hingga Terlepas Batu Puteh Adalah Pengkhianatan Buat Negara - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd