• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

oleh Mohd Arshad
09/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), mengambil tindakan segera bagi menangani isu kenaikan harga sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan di pasaran.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ia susulan tinjauan CAP baru-baru ini yang mendedahkan kenaikan harga mendadak dalam tempoh hanya dua minggu.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata melalui tinjauan harga kacang didapati melonjak daripada RM9 kepada RM17.50 sekilogram dan bendi daripada RM7 kepada RM12.50.

Manakala harga kacang panjang daripada RM8 kepada RM20; sawi daripada RM6 kepada RM12 dan cili merah daripada RM8 kepada RM18.

“Kenaikan mendadak itu dikaitkan dengan kekurangan bekalan disebabkan musim hujan baru-baru ini dan peniaga sudah diberi amaran bahawa harga sayur-sayuran dan buah-buahan boleh meningkat lagi.

“Memandangkan musim hujan masih belum reda, Malaysia sepatutnya menghentikan eksport ikan dan sayur-sayuran ke negara lain dan mengutamakan permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohideen berkata, CAP juga menggesa Unit Penguatkuasaan KPDN menyiasat kenaikan harga yang mendadak itu sehingga membebankan orang ramai terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Katanya, kenaikan harga itu boleh memberi kesan serius kepada diet isi rumah berpendapatan rendah kerana mereka mungkin terpaksa mengurangkan barangan makanan penting kerana kos yang lebih tinggi.

“Walaupun gesaan dilakukan berulang kali supaya tindakan diambil, CAP mendapati FAMA tidak mengambil langkah mencukupi dan berkesan bagi mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran. Ia bermakna tuntutan kami diabaikan,” katanya lagi.

Sehubungan itu Mohideen berkata,CAP menggesa supaya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meningkatkan kecekapan saluran pengedaran makanan.

“Peranan orang tengah perlu dikurangkan bagi mewujudkan pasaran langsung dan menambah baik rantaian bekalan yang boleh membantu mengurangkan kos.

“Kerajaan juga perlu menyokong petani menerusi subsidi yang disasarkan, program latihan agroekologi dan bantuan kewangan yang boleh meningkatkan pengeluaran dengan ketara dan membantu mengurangkan harga,” katanya.

-Berita Harian

Tags: buahCAPorang tengahsayur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur Jatuh Lebih 50 Peratus

Harga Sayur Jatuh Lebih 50 Peratus

29/12/2024
0

Johor Bahru : Harga sayuran merudum lebih 50 peratus sejak minggu lalu akibat lambakan bekalan susulan cuaca lebih baik kebelakangan...

Harga Beberapa Sayur Alami Kenaikan

Harga Beberapa Sayur Alami Kenaikan

16/06/2024
1

Kuala Lumpur : Beberapa sayur-sayuran didakwa mengalami kenaikan di ibu negara berikutan bekalan yang kurang dan faktor cuaca. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd