• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GISBH: Lebih 130 Kanak-kanak Belum Dituntut

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
GISBH: Lebih 130 Kanak-kanak Belum Dituntut
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Lebih 130 anak-anak bekas anggota GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH) kini tidak dituntut ibu bapa mereka berikutan takut tampil bertemu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain berdepan masalah kewangan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mungkin ada ibu bapa yang bimbang akan ditangkap jika datang untuk berbincang untuk mengambil anak-anak mereka.

“Mereka takut sebab bimbang akan melibatkan polis tetapi sebenarnya yang ditahan itu ada kesalahan lain. Sepatutnya mereka tidak perlu takut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat di sini pada Rabu.

Nancy memberitahu, ada juga ibu bapa yang tidak berkemampuan dari segi ekonomi untuk membayar kos peguam untuk menuntut anak-anak di bawah jagaan JKM.

“Kita ada menghubungi mereka tetapi tidak menjawab telefon,” katanya.

Bagaimanapun jelas Nancy, jabatan itu perlu mengembalikan semula kanak-kanak terbabit kerana ada tempoh tertentu yang diperintahkan oleh mahkamah.

“Kita perlu melalui proses mahkamah untuk memohon dan melindungi kanak-kanak terbabit selain perlu ada prosedur khusus untuk menyerahkannya kepada ibu bapa,” katanya.

Tambah Nancy, pihaknya juga perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS) bagi menjaga kanak-kanak terbabit.

Media sebelum ini melaporkan seramai 420 daripada 560 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global sudah diserahkan kepada keluarga termasuk empat kepada OYLS.

Sejak Op Global fasa pertama bermula awal September lalu, seramai 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan.

SinarHarian-

Tags: belum dituntutGISBHkanak-kanak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd