• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data Perisytiharan Harta PM Disalah Guna – Ahmad Farhan

oleh Mohd Arshad
01/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Data Perisytiharan Harta PM Disalah Guna – Ahmad Farhan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Data perisytiharan harta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah diisytiharkannya pada 7 Mac 2019 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disalahgunakan, kata Setiausaha Politik Anwar, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, maklumat itu digunakan untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah “pemimpin ke-17 terkaya di dunia” dengan gambaran seolah-olah hartanya diperoleh secara tidak sah.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, perisytiharan harta itu adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu untuk memastikan ketelusan dalam kalangan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen.

“Perisytiharan ini tidak mendatangkan sebarang isu pada waktu itu kerana ia disertai dengan penjelasan terperinci mengenai bagaimana aset itu diperoleh. Sebahagian besar nilai asetnya adalah berdasarkan anggaran semasa hartanah miliknya.

“Aset-aset ini diperoleh secara sah dan boleh dibuktikan melalui dokumen jual beli dan rekod kewangan yang sah,” katanya.

Ahmad Farhan berkata, perisytiharan harta sebanyak RM10.7 juta oleh Anwar ketika itu tidak menjadi isu kerana ramai anggota Kabinet dan Ahli Parlimen PH mempunyai nilai aset yang jauh lebih tinggi antaranya Datuk Dr R. Santhara Kumar (Segamat) sebanyak RM132.1 juta dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) sebanyak RM77 juta.

Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi) sebanyak RM32.3 juta, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), RM25.1 juta; Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (Alor Gajah), RM23.0 juta; Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, RM15.3 juta dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) sebanyak RM14.3 juta.

“Secara logiknya, tuduhan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin ke-17 terkaya di dunia adalah tidak masuk akal. Jika dibandingkan dengan pemimpin lain di Malaysia sendiri, nilai aset Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah antara yang tertinggi.

“Bagaimana mungkin beliau tergolong dalam senarai pemimpin terkaya dunia? Penyebaran tuduhan tidak berasas ini adalah contoh klasik fitnah yang boleh merosakkan kredibiliti individu tanpa bukti yang sah. Dalam Islam, fitnah adalah dosa besar,” katanya.

Beliau berkata, tindakan menyebarkan maklumat tanpa menyiasat kebenarannya tidak hanya mencemarkan nama baik individu tetapi juga meruntuhkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem politik dan institusi negara.

Ahmad Farhan berkata, perbezaan pandangan dalam politik adalah perkara biasa, namun ia perlu dilaksanakan secara matang.

“Serangan peribadi, terutama dengan menyebarkan fitnah, adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat. Kritikan terhadap pemimpin adalah dibenarkan dalam sistem demokrasi, tetapi ia harus tertumpu kepada dasar-dasar yang diperkenalkan, bukannya menyerang peribadi atau menimbulkan tuduhan tidak berasas.

“Sebagai contoh, jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan Perdana Menteri, ia wajar dibincangkan secara fakta dan ilmiah, bukan dengan mencipta naratif palsu mengenai kekayaan peribadinya,” katanya.

Ahmad Farhan berkata, Anwar sebagai Perdana Menteri sedang giat berusaha menjalin hubungan baik dengan kerajaan negeri, termasuk yang berada di bawah pentadbiran pembangkang dan ia adalah langkah bijak untuk memastikan kerjasama antara kerajaan Persekutuan serta negeri dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata, usaha sebegini boleh terganggu jika terdapat unsur fitnah dan politik tidak matang yang cuba memecah-belahkan perpaduan selain kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri memerlukan kepercayaan.

HarianMetro-

Tags: Data perisytiharan hartadisalah gunaSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

Next Post

Lelaki Maut Dikelar, Rakan Ditikam Parah

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post
Lelaki Maut Dikelar, Rakan Ditikam Parah

Lelaki Maut Dikelar, Rakan Ditikam Parah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd