• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ceroboh Kem Tentera: Lelaki Warga Rusia Didenda RM1,000

oleh Mohd Arshad
23/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Ceroboh Kem Tentera: Lelaki Warga Rusia Didenda RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Rusia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menceroboh sebuah kem tentera, dua minggu lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu ke atas Zakharov Ilia, 35, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa melakukan pencerobohan dengan berada dalam kawasan larangan Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, pada 4.50 petang, 14 Disember lepas, mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Terdahulu, Peguam P. Suthes yang mewakili Zakharov memohon mahkamah memberikan hukuman denda atas alasan anak guamnya merupakan seorang pelajar sebuah universiti swasta di ibu kota.

Bernama-

Tags: ceroboh kem tenterrawarga Rusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd