• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

oleh Mohd Arshad
10/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu kedaulatan Pulau Batu Puteh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.

“Belum, kita (polis) belum terima apa-apa laporan berhubung siasatan RCI terhadap isu Pulau Batu Puteh,” katanya dalam sidang media pada Pelancaran Buku Coffee Table Polis Diraja Malaysia, di sini, hari ini.

Terdahulu, pelancaran majlis berkenaan disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Razarudin berkata demikian selepas ditanya sama ada pihak polis telah menerima laporan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Siasatan RCI kes kedaulatan Batu Puteh telah mengesyorkan supaya laporan difailkan, bagi membolehkan siasatan jenayah dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Khamis lalu, media melaporkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr. Mahathir berkaitan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, susulan keputusan Kabinet menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) mengenainya pada 2018.

Dalam laporan setebal 217 itu, suruhanjaya itu menyatakan, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr. Mahathir atas kesalahan di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun yang sama serta di bawah Seksyen 418 Kanun yang sama.

“Oleh itu, adalah dicadangkan supaya satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Suruhanjaya bagi membolehkan siasatan ini dimulakan,” katanya.

Laporan yang ditandatangani tujuh anggota Suruhanjaya itu, yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif menyatakan, dalam konteks Seksyen 415(b), apa yang perlu ditunjukkan adalah, Dr. Mahathir bertindak menipu Jemaah Menteri dan dengan sengaja mendorong Kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan permohonan itu walaupun keputusan itu dibuat secara sepihak oleh beliau tanpa kelulusan Jemaah Menteri.

Menurut laporan itu, jika Kabinet Menteri dibekalkan dengan kertas kuasa tindakan di ICJ dan pandangan bertulis daripada perunding antarabangsa, Kabinet berkemungkinan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan kedua-dua permohonan itu.

“Dalam hal ini, Dr Mahathir berkemungkinan telah dengan sengaja mendorong Kabinet Menteri untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan itu walaupun ia bertentangan dengan pendapat perunding antarabangsa yang menyatakan bahawa terdapat asas permohonan itu mempunyai kebarangkalian untuk berjaya,” katanya.

Selain itu, Suruhanjaya berkata, siasatan di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan boleh dibuat atas fakta yang beliau menipu kerajaan dengan pengetahuan bahawa beliau berpotensi untuk menyebabkan kerugian salah (wrongful loss) kepada kerajaan Malaysia kerana sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai obligasi untuk melindungi kepentingan negara.

BHonline-

Tags: laporan polispulau batu putehTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Misteri Terungkai, Mayat Berlipat Dalam Bagasi Berulat

Next Post

‘Lawan Saya Boleh Perdaya Dunia Tapi Tak Dapat Tipu Yang Maha Kuasa’ – Najib

Related Posts

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin menegaskan tidak akan berdiam diri dalam menuntut...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post
‘Lawan Saya Boleh Perdaya Dunia Tapi Tak Dapat Tipu Yang Maha Kuasa’ – Najib

'Lawan Saya Boleh Perdaya Dunia Tapi Tak Dapat Tipu Yang Maha Kuasa' - Najib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd