• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta 852: ‘Tiada Siapa Yang Boleh Mengatasi Undang-undang’ – Dr Dzulkefly

oleh Mohd Arshad
17/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Akta 852: ‘Tiada Siapa Yang Boleh Mengatasi Undang-undang’ – Dr Dzulkefly
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tidak ada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kenyataan itu susulan dakwaan seorang menteri yang dikesan merokok di sebuah kedai makan. dengan foto mengenainya turut tular di media sosial.

“Setelah Akta 852 berkuat kuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang,” katanya melalui akaun X.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pernah menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir Ahli Parlimen yang didakwa merokok di tempat larangan dalam kompleks Parlimen.

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow ketika itu berkata perbuatan sedemikian amat memalukan kerana mereka sepatutnya menunjukkan contoh teladan kepada rakyat.

Subbarow menegaskan lebih-lebih lagi, Ahli Parlimen adalah orang yang menyokong Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu.

Ia susulan dakwaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) masih ada Ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan ditetapkan, dengan merokok dalam kompleks Parlimen walaupun larangan telah dikeluarkan.

Poay Tiong membangkitkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, supaya kempen tidak merokok juga dilaksanakan seiring amalan mengurangkan gula dalam makanan yang digerakkan.

Bermula 1 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) menguatkuasakan Akta 852 yang merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan serta larangan merokok di tempat awam.

Mengikut kenyataan di media sosial KKM, peraturan dan perintah bakal dikuatkuasakan ini termasuk rokok elektronik.

BHonline-

Tags: Akta 852Dr Dzulkelfy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ranau Dilanda Gempa Bumi Lemah Lagi

Next Post

Hannah Harap Prestasi Harimau Malaya Lebih Meningkat Di Bawah Bimbingan Cklamovski

Related Posts

No Content Available
Next Post
Hannah Harap Prestasi Harimau Malaya Lebih Meningkat Di Bawah Bimbingan Cklamovski

Hannah Harap Prestasi Harimau Malaya Lebih Meningkat Di Bawah Bimbingan Cklamovski

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd