• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Ahli Geng Curi Kenderaan Ditahan

oleh AK-47
07/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
7 Ahli Geng Curi Kenderaan Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang Jaya : Polis menahan tujuh lelaki selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kenderaan di sekitar Cheras dan Air Keroh, Melaka, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Semua suspek warga tempatan sebelum itu dilaporkan terbabit dalam kes pecah rumah di Taman Dato Ahmad Razali di sini, 26 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat mangsa berkaitan kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi.

“Mangsa yang berada di rumahnya itu mendengar bunyi bising di tingkat bawah.

“Mangsa yang melakukan pemeriksaan kemudiannya mendapati kunci rumah serta kenderaan, beberapa utas jam tangan, dompet dan kenderaan miliknya yang diparkir di hadapan rumah tiada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, anggaran kerugian dialami mangsa berjumlah kira-kira RM58,000.

“Siasatan dijalankan kemudiannya membawa kepada serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sekitar kawasan Cheras dan Air Keroh, Melaka pada Khamis.

“Serbuan berkenaan berjaya memberkas tujuh lelaki tempatan berumur lingkungan 27 hingga 45 tahun serta merampas satu kenderaan jenis Honda CRV milik mangsa dan beberapa barangan lain yang dilaporkan dicuri,”katanya.

Katanya, semakan mendapati kesemua suspek memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.

“Siasatan mendapati motif mencuri kenderaan adalah untuk dijual kepada pembeli secara haram,” katanya.

Mohd Azam berkata, kes disiasat bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: Geng Curi KenderaanTahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd