• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Warga China Dituduh Buat Aplikasi Mesin Judi

oleh AK-47
04/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
18 Warga China Dituduh Buat Aplikasi Mesin Judi
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Lapan belas lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melakukan pakat jahat jenayah dengan membuat aplikasi mesin judi yang menyalahi undang-undang, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka adalah Liu Xiang Long, 34; Li Xinpo, 35; Li Yuncheng, 26; He Hui, 30; Chou Chia Chun, 40; Lu Zaitian, 42; Zhou Xin, 35; Wang Kun, 39; Yu Jiang, 37; Yang Kai, 34; Jin Zhe, 37; Chen Xiping, 36; Zhou Wei, 38; Xie Jicheng, 39; Lian Wenjun, 32; Huang Longwang, 31; Xiang Chengwei, 33 dan Mo Huaixian, 37.

Semua warga asing itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, mereka didakwa bersama-sama adalah pihak kepada suatu pakat jahat jenayah yang bertujuan melakukan sesuatu persetujuan antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Perbuatan itu adalah mengadakan satu aplikasi mesin judi (24 Bet) yang bertentangan dengan Seksyen 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Perbuatan itu didakwa dilakukan semua tertuduh di Jalan Forest City 1, Lebuhraya Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, 27 November lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif, manakala semua tertuduh diwakili peguam Nur Helmi A Halim.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin warga tempatan serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis setiap bulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 Januari depan.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, dua premis pejabat di sekitar Iskandar Puteri yang disyaki dijadikan dijadikan sebagai ‘calling centre’ dalam aktiviti berkaitan judi dalam talian dan tawaran kerja tidak wujud digempur polis, 27 November lalu.

Beliau dilaporkan berkata, siasatan mendapati sindiket itu menjalankan kegiatan terbabit dengan menyasarkan mangsa di luar negara.

-Harian Metro

Tags: Warga China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd