• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tinggal Di Thailand, Sekolah Di Malaysia: JPN Sahkan Di Perlis Ada 5 Murid

oleh Mohd Arshad
20/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tinggal Di Thailand, Sekolah Di Malaysia: JPN Sahkan Di Perlis Ada 5 Murid
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mengesahkan lima pelajar dan murid dari negara ini yang tinggal di negara jiran merentasi sempadan Malaysia-Thailand setiap hari untuk bersekolah di sekitar Padang Besar, dekat sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Arifin, berkata pelajar dan murid ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Besar (Utara) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Padang Besar (Utara).

Berdasarkan data diperoleh, katanya semua pelajar dan murid ini adalah warga Malaysia yang tinggal di pekan Padang Besar di sebelah Thailand.

“Tiga daripadanya terdiri dua perempuan dan seorang lelaki yang juga pelajar Tingkatan Satu, Tiga dan Empat di SMK Padang Besar (Utara), manakala dua lagi adalah pasangan adik-beradik Tahun Satu dan Enam yang bersekolah di SJKC Padang Besar (Utara).

“Berbeza negeri lain, tiada warga Thailand dikesan bersekolah di Perlis, sebaliknya hanyalah warga Malaysia yang tinggal di Thailand tetapi masih meneruskan persekolahan di negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muka depan BH hari ini melaporkan hampir 500 murid dan pelajar dari Thailand terpaksa menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan setiap hari untuk bersekolah di negara ini.

Mereka menggunakan pangkalan haram yang banyak terdapat di sekitar lembangan sungai itu untuk memasuki negara ini secara haram untuk bersekolah di negara ini.

Dalam pada itu, Rose Aza berkata pelajar dan murid yang tinggal di Padang Besar di Thailand mempunyai ibu dan bapa yang berkemungkinan salah seorangnya adalah warga Thailand, atau mempunyai perniagaan di negara berkenaan menyebabkan mereka tinggal di negara berkenaan, tetapi bersekolah di Malaysia.

“Pelajar dan murid ini akan berulang alik setiap hari menggunakan laluan sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQs) Padang Besar di sempadan Malaysia-Thailand untuk memasuki negara ini seawal jam enam pagi.

“Di Perlis, kita tidak mempunyai laluan sungai, sebaliknya sempadan Malaysia-Thailand di Perlis ini dipisahkan laluan darat menerusi hutan dan bukit bukau serta laluan laut… jadi kebanyakan ibu bapa pelajar dan murid ini akan menggunakan laluan sah untuk menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya.

BHonline-

Tags: JPN PerlisMalaysiaSekolahThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd