• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tikaman Di Perut, Dada Punca Kematian Dua Beranak

oleh AK-47
09/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Tikaman Di Perut, Dada Punca Kematian Dua Beranak
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Bedah siasat ke atas dua beranak yang maut ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini menemui beberapa kesan tikaman pada bahagian dada dan perut.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat Siti Zulaila Zulkifli, 30; dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata laporan bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam, mengesan kecederaan akibat tikaman di dada dan perut mangsa.

“Proses bedah siasat selesai kira-kira jam 6 petang semalam dan jenazah dituntut ahli keluarga.

“Punca kematian mangsa wanita adalah luka tikaman pada dada dan perut, manakala bapanya mengalami luka ditikam pada dada.

“Ketika ini, suspek yang dirawat di HPP stabil dan kita percaya siasatan kes ini tidak akan mengambil masa yang lama,” katanya.

Dalam kejadian jam 12.54 tengah hari Khamis lalu, Siti Zulaila dan Zulkifli maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek menggunakan sebilah pisau.

Suspek kemudian mengelar dan menikam diri sendiri beberapa kali.

Terdahulu, jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong di sini, malam tadi.

-Berita Harian

Tags: kes tikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd