• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Sengaja Israel Terhadap Anggota Pengaman PBB Tidak Boleh Diterima – Perancis

oleh AK-47
09/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Serangan Sengaja Israel Terhadap Anggota Pengaman PBB Tidak Boleh Diterima – Perancis
Share on FacebookShare on Twitter

ATHENS – Perancis pada Jumaat mengecam serangan Israel ke atas anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di selatan Lubnan, menyifatkannya sebagai ‘tidak boleh diterima’ dan menggesa agar permusuhan dihentikan, lapor Agensi Anadolu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Perancis mengutuk insiden yang menjejaskan integriti fizikal anggota pengaman pada 7 November, susulan serangan berhampiran konvoi Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) di Saida, meskipun laluan konvoi itu telah dimaklumkan lebih awal,” menurut kenyataan Kementerian Luar.

Kementerian itu turut menyatakan bahawa lima anggota pengaman Malaysia cedera dalam serangan berkenaan dan menegaskan bahawa “lima anggota pengaman lain juga cedera dalam beberapa minggu kebelakangan ini akibat serangan sengaja oleh Israel, yang tidak boleh diterima dan mesti dihentikan.”

Kenyataan itu menekankan keperluan melindungi anggota pengaman serta harta dan premis PBB.

“Perancis menyeru agar permusuhan dihentikan berdasarkan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, yang akan membolehkan kepulangan selamat rakyat Israel dan Lubnan yang dipindahkan ke kediaman mereka,” menurut kenyataan itu.

Pada Khamis, lima anggota pengaman cedera dalam serangan dron berhampiran pusat pemeriksaan tentera di Sidon, selatan Lubnan, menurut misi PBB.

UNIFIL beroperasi antara Sungai Litani di selatan Lubnan dan Blue Line, sebagai sebahagian daripada mandatnya di bawah Resolusi 1701 untuk mengekalkan keselamatan. 

-Bernama

Tags: IsraelPBBPerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd