• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan

oleh AK-47
19/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Iskandar Puteri : Lelaki tempatan yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental ditahan selepas didapati menyerang dan memukul dua anggota polis sehingga seorang daripada cedera.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1 tengah hari semalam ketika dua anggota polis berusia 33 hingga 59 tahun ingin menunaikan solat Zuhur bersama ahli kariah di sebuah surau dekat Kangkar Pulai.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dari Balai Polis Kangkar Pulai diserang dan dipukul oleh suspek berusia 28 tahun itu.

“Akibat kejadian itu, anggota polis berusia 59 tahun luka di bahagian muka, kaki serta tangan kanan.

“Suspek berjaya ditangkap oleh kedua-dua anggota polis berkenaan dan tiada sebarang senjata digunakan ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kumarasan berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan jenayah dan dua rekod kesalahan dadah.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing pula mendapati suspek negatif dadah.

“Hasil siasatan awal juga mendapati suspek mempunyai rekod sebagai pesakit psikiatri di sebuah hospital di Johor Bahru.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Kumarasan berkata, kes masih dalam siasatan termasuk mengenal pasti motif serangan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

-Harian Metro

Tags: Pesakit Mentalpolispukulserang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd