• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2.1 Juta Kutipan Saman PDRM Dicatat Pada Hari Pertama 2TM

oleh Mohd Arshad
23/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM2.1 Juta Kutipan Saman PDRM Dicatat Pada Hari Pertama 2TM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan kutipan saman bernilai RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Persekutuan, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebanyak 24,400 saman telah diselesaikan semalam.

“Tiga saman paling banyak dibayar ialah kesalahan halangan lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan pandu laju,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.”

Mohd Yusri turut menyeru orang ramai untuk memanfaatkan pilihan membayar saman secara dalam talian melalui aplikasi MyBayar PDRM atau laman web https://mybayar.rmp.gov.my/en/main.

“Orang ramai tidak perlu beratur panjang dan hanya perlu menerima kupon kod QR daripada pegawai trafik yang ditempatkan di sepanjang barisan untuk ke kaunter semakan dan bayaran saman trafik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, juga telah melawat kaunter awal hari ini dan berinteraksi mesra dengan orang ramai.
“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof juga telah mencadangkan agar tawaran diskaun ini dilanjutkan ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, pengunjung gembira dan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan MADANI atas diskaun dan kemudahan yang ditawarkan pada program 2TM ini.

Semalam, Mohd Yusri dilaporkan berkata, pada kempen kali ini pihaknya telah membuat persiapan teliti untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung, dengan menyediakan 25 kaunter semakan dan bayaran saman termasuk tujuh kaunter khas dan 21 mesin e-payment, serta 520 kerusi untuk orang ramai menunggu.

Kaunter semakan dan pembayaran saman antara menjadi tarikan pengunjung pada hari kedua Program 2TM yang bertemakan ‘MADANI di Hati, Rakyat Disantuni’.

Bernama-

Tags: 2TMKutipan SamanPDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

Next Post

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

Related Posts

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

‘Ada 2 Insiden Disiasat PDRM Didalangi Agensi Perisikan Asing’ – KPN

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua kes dikenal pasti di negara ini mempunyai kaitan dengan agensi perisikan asing...

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

Next Post
‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

'Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung' - Tun M

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd