• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thailand Nafi Tahanan 6 Rakyat Malaysia Termasuk Artis Kelantan Dirancang Awal

oleh Mohd Arshad
09/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Polis Thailand Nafi Tahanan 6 Rakyat Malaysia Termasuk Artis Kelantan Dirancang Awal
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI GOLOK – Polis Thailand menegaskan penangkapan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita Kelantan pada 1 November lepas tidak dirancang oleh sesiapa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sebaliknya, menurut Ketua Polis Sungai Golok, Jadsadavit Inprapan, serbuan dan tangkapan yang dibuat itu berdasarkan siasatan dan maklumat risikan yang dijalankan dalam tempoh tertentu.

“Sebelum ada tangkapan sudah ada siasatan (terlebih dahuu) sehinggalah sampai masa kita akan buat tangkapan mengikut prosedur yang ada.

“Kita akan siasat termasuk hantar dadah ke makmal dan cap jari… kini kami sedang menunggu laporan forensik kimia dan cap jari yang ada pada dadah yang dirampas itu… siasatan makan masa sebulan.

“Tidak kira sesiapa. Kami jalankan siasatan yang sama, tiada yang special sama ada artis atau VIP (orang kenamaan).

“Terpulang kepada mereka yang buat andaian mendakwa ada perancangan atau apa sahaja. Kami polis menjalankan tugas mengikut maklumat risikan dan prosedur yang ada,” tegas beliau dalam wawancara dengan media Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan serbuan dan tangkapan ke atas enam individu berkenaan telah dirancang awal.

Menjelaskan lanjut, Jadsadavit berkata, semasa tangkapan dibuat, pegawai dan anggota polis dari bahagian narkotik tidak mengetahui terdapat artis terkenal di dalam bilik berkenaan.

Jadsadavit turut memaklumkan, hasil pengeledahan di bilik hotel berkenaan turut menemui 6,000 biji pil Yaba yang disorok di dalam bilik air.

Beliau turut menafikan dakwaan terdapat dua individu yang melarikan diri sebelum serbuan dilakukan seperti yang dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa.

Menyentuh perkembangan siasatan enam tahanan di penjara Narathiwat, beliau memaklumkan, pihaknya kini sedang menunggu laporan forensik, keputusan ujian kesan cap jari di bungkusan dadah dan sebagainya.

Jelasnya, apabila laporan itu diterima, pihaknya akan mengemukakan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut sama ada untuk dituduh atau kes disebut kembali di mahkamah.

Beliau menjangkakan keputusan ujian itu akan dapat diperolehi dalam tempoh sebulan lagi.

Kesemua tahanan yang menjalani perintah reman di penjara narathiwat tidak dibenarkan diikat jamin setakat ini.

Pihaknya juga sudah merakamkan percakapan dan pengakuan kesemua tahanan itu yang kelak akan digunakan di mahkamah.

Kata Jadsadavit, undang undang baharu berkaitan dadah di thailand telah berubah termasuk rampasan pil Yaba melebihi sebiji dianggap untuk tujuan mengedar.

Sebelum ini, media melaporkan enam rakyat Malaysia ditahan dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Sungai Golok pada pagi 1 November lepas.

Kesemua yang ditahan itu positif dadah selepas ujian air kencing yang dijalankan. 

-Awani

Tags: polis thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Rakyat Malaysia Ditahan: Beri Ruang Polis Thailand Siasat – Saifuddin

6 Rakyat Malaysia Ditahan: Beri Ruang Polis Thailand Siasat – Saifuddin

16/11/2024
0

Pasir Mas : Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung...

6,000 Biji Pil Kuda Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan – Polis Thailand

6,000 Biji Pil Kuda Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan – Polis Thailand

09/11/2024
0

Sungai Golok : Polis tidak menolak kemungkinan 6,000 biji pil kuda yang dirampas daripada enam rakyat Malaysia dalam satu serbuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd