• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

oleh Mohd Arshad
27/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG: Seorang penghantar makanan dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menikam isteri dan anaknya dengan pisau, Julai lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Syarifuddin Agussalim, 34, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan dan mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak dari tarikh tangkap bermula 28 Julai lalu.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan isteri, Nur Zalikha Idam, 33, dan anak lelakinya berusia enam tahun dengan menggunakan dua bilah pisau.

Perbuatan itu dilakukan di belakang bangunan sebuah kedai serbaneka di sini pada jam 6 petang, 27 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mangsa ditikam di bahagian tangan di lokasi kejadian menyebabkan kedua-dua tercedera.

Hasil siasatan lanjut mendapati punca pergaduhan antara mangsa dan suspek disebabkan lelaki itu tidak mahu bercerai dengan isterinya.

Mohd Syarifuddin yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dan berjalan serentak dari tarikh tangkap.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairul Iqram Hairuddin memohon hukuman berbentuk pengajaran bagi kedua-dua pertuduhan.

“Kesalahan dilakukan tertuduh adalah kes serius berikutan membabitkan penggunaan senjata iaitu pisau sehingga mencederakan isteri dan anak kandungnya.

“Ini juga sebagai pengajaran kepada orang dan kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi,” katanya.

BHonline-

Tags: anakPenghantar makanantikam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd