• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

oleh Mohd Arshad
20/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres yang menyebabkan kematian seorang remaja berusia 18 tahun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu antara laporan awal yang dikenal pasti oleh Pasukan Petugas Khas mengenai insiden itu yang turut mendapati sambungan pendawaian dari keluaran kotak pengagihan (DB) ke pendawaian soket dipasang secara terbalik.

“Selain itu penggunaan kelengkapan elektrik yang digunakan dalam bas tersebut juga tidak memenuhi piawaian barangan ditetapkan.

“Pendawaian bas ini baharu, tetapi apa yang dikenal pasti oleh pasukan ini ialah ada pendawaian tidak teratur menyebabkan ia tidak selamat, iaitu pendawaian soket dipasang secara terbalik jadi ada input dan output terbalik.

“Voltan yang tinggi dikeluarkan melalui soket tersebut dan bila voltan itu mengalir dalam badan mangsa menyebabkan kematian berlaku. Itu yang kita kenal pasti antara punca insiden ini berlaku,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen pada Rabu.

Pasukan Petugas Khas itu dianggotai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Beliau berkata, APAD juga telah mengeluarkan surat pemberhentian sementara operasi sebuah lagi bas milik syarikat pengendali sama sehingga siasatan lanjut selesai dijalankan, kerana didapati mempunyai spesifikasi pendawaian elektrik yang sama.

Selain itu, Anthony berkata, APAD turut mengeluarkan larangan penggunaan soket 3-pin dan USB dalam semua bas ekspres pada 6 Nov lepas yang berkuat kuasa sehingga polisi dan garis panduan pendawaian tambahan baharu dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.

“Syarikat pengendali digalakkan untuk menghantar bas berkenaan menjalani pemeriksaan pendawaian tambahan dan pengujian yang telah diakreditasi oleh Suruhanjaya Tenaga. Sekiranya lulus mereka boleh serahkan kepada APAD untuk guna semula soket itu,” katanya.

Bagi proses pelesenan, APAD juga mewajibkan syarikat pengendali bas baharu dan sedia ada mengemukakan keputusan laporan atau sijil pemeriksaan pendawaian tambahan oleh badan pemeriksaan dan pengujian yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.

Mereka juga perlu mengemukakan laporan pendawaian dan kelengkapan elektrik tambahan, contohnya kabel, soket alur keluar dan peranti arus baki yang digunakan semua kenderaan perdagangan.

Pada masa sama, Anthony berkata, pihaknya sedang membangunkan satu garis panduan pendawaian tambahan baharu bagi semua syarikat pengendali bas yang dijangka siap sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan.

Bernama-

Tags: baspendawaianrenjatan elektrik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Empat Penguat Kuasa Direman Disyaki Minta Rasuah

Next Post

Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas – Loke

Related Posts

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas – Loke

Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas – Loke

20/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak membenarkan penggunaan soket elektrik tiga pin, termasuk pengecas mudah alih USB dalam...

Next Post
Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas – Loke

Larangan Sementara Soket Tiga Pin, USB Dalam Bas - Loke

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd